Cuti Sekolah Nak Bawa Anak Main Salji? Ini Senarai ‘Snow Park’ Di Malaysia Yang Sesuai Untuk Family!
Tak payah pergi luar negara, dalam Malaysia pun boleh main salji!
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
1. SnoWalk by i-City (Shah Alam, Selangor)

Kalau nak rasa musim sejuk sebenar di Malaysia, SnoWalk adalah salah satu pilihan paling ikonik. Suhu di dalam zon ini boleh mencecah sehingga -8 °C! Ia dibahagikan kepada kawasan salji dan kawasan ais besar dengan ukiran cantik dan tempat main salji.
Antara tarikan utama di sini adalah 'Aurora' dengan lampu & suasana ala langit utara. Aktiviti untuk seisi keluarga termasuk toboggan, buat snowman, gelongsor salji & snowfall. Confirm anak-anak enjoy!


📍 Alamat: Jalan Multimedia 7/Ah, i-City, 40000 Shah Alam, Selangor
🕒 Waktu operasi:
• Isnin-Jumaat: 3:30 pm – 11:00 pm
• Akhir minggu & cuti umum: 1:00 pm – 11:00 pm
2. SnowLim Wonderland (Seremban, Negeri Sembilan)

Tempat ini dikatakan sebagai taman salji terbesar & paling immersive di Malaysia, dengan suhu dalam kawasan yang boleh turun sehingga -25 °C sekiranya penuh ais!
Reka bentuk dalaman penuh salji, ukiran ais berbentuk istana di SnowLim memang cantik dan akan membuatkan anda terpegun! Antara aktiviti lain termasuk ice bowling, curling, snow slide & snowball play. Memang sesuai untuk anak-anak habiskan tenaga!


📍 Alamat: Lot PT 3962, Jalan Haruan 2, Pusat Komersial Oakland, 70300 Seremban, Negeri Sembilan
🕒 Waktu operasi:
• Isnin-Jumaat: 11:00 am – 8:00 pm
• Sabtu, Ahad & Cuti Umum: 11:00 am – 9:00 pm
3. Polar Bear Snow World (FunPark Gamuda Luge Gardens, Rawang)

Polar Bear Snow World adalah taman salji di dalam kawasan FunPark Gamuda Luge Gardens, Rawang yang baru dibuka. Ia lengkap dengan kawasan main salji & gelongsor sejuk untuk kanak-kanak dan keluarga.
Konsepnya lebih santai & ringkas, sesuai kalau nak rasa salji tanpa pergi taman besar. Waktu sesuai untuk ke sini adalah waktu petang hingga malam dengan suasana permainan & snow vibes bersama keluarga.


📍 Alamat: Persiaran Gamuda Gardens 1, Bandar Gamuda Gardens, 48050 Sungai Buloh, Selangor
🕒 Anggaran waktu operasi: 3:00 pm – 11:00 pm
4. Winter Wonderland Snow Town (Berjaya Times Square Theme Park)

Terletak di dalam taman tema indoor terbesar di Malaysia, kawasan Winter Wonderland Snow Town adalah zon snow pay-per-play yang kecil tetapi fun untuk anak kecil main salji & slide dalam suasana berhawa dingin.
Zon ini tiada height restriction, jadi anak kecil pun boleh join main salji. Walau bagaimanapun, zon ini bukan free entry. Biasanya harga tiket berasingan di theme park. Kalau nak habiskan masa seharian di sini, gabungkan lawatan dengan indoor rides lain seperti roller coaster dan Fantasy Garden supaya lebih berbaloi!


📍 Alamat: Level 5, Berjaya Times Square, Jalan Imbi, Kuala Lumpur
🕒 Waktu operasi:
• Isnin–Jumaat: 12:00 pm – 9:00 pm
• Akhir minggu & cuti umum: 11:00 am – 9:00 pm
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via 