ChatGPT Kini Hadir Dengan Fungsi ‘Study Mode’, Boleh Guna Untuk Ulang Kaji Peperiksaan
Fungsi itu direka khas untuk membantu pelajar belajar secara jujur, bukannya sekadar cari jalan pintas.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
ChatGPT kini ada fungsi baru yang super berguna untuk pelajar, dikenali sebagai 'study mode'!
Fungsi itu direka khas untuk membantu pelajar belajar secara jujur, bukannya sekadar cari jalan pintas.
Ciri baru itu dilancarkan kerana ramai pelajar, terutamanya di universiti sudah mula salah guna AI untuk meniru. Menurut The Guardian, satu kajian terbaru di UK mendapati hampir 7,000 kes penyalahgunaan AI sepanjang tahun akademik 2023-24.
Tetapi jangan risau, study mode ini bukan macam fungsi biasa yang terus bagi jawapan. Sebaliknya, bila kita tanya soalan, ChatGPT akan bimbing kita step by step untuk fahamkan sesuatu topik itu.

OpenAI, iaitu syarikat yang mencipta ChatGPT berkata, tujuan utama study mode adalah untuk membantu proses pembelajaran sebenar
Jayna Devani, ketua pendidikan antarabangsa OpenAI, berkongsi yang mereka ingin menggalakkan pelajar guna AI dengan cara yang membina.
"Ia bantu saya ke arah jawapan, bukannya terus suap jawapan," katanya.
Apa yang lebih menarik, ciri tersebut sangat sesuai untuk bantu membuat kerja rumah dan ulang kaji sebelum peperiksaan. Malah, ia boleh baca gambar, jadi kalau anda upload gambar kertas soalan lepas, ChatGPT boleh bantu fahamkan!

Walau bagaimanapun, OpenAI sendiri akui masih ada pelajar yang boleh 'bypass' ciri itu untuk dapatkan terus jawapan
Mereka juga memberi amaran yang kadang-kadang, study mode mungkin akan buat kesilapan kecil atau tunjuk perangai yang tidak konsisten.
Menurut Devani lagi, isu penipuan akademik ini tidak boleh selesai dengan satu alat sahaja. Ia perlukan kerjasama seluruh industri pendidikan untuk ubah cara penilaian dan buat garis panduan AI yang lebih jelas.
Apa-apa pun, study mode tetap satu langkah besar ke arah menjadikan AI sebagai alat membantu belajar yang berguna, bukan sekadar alat untuk menipu.
Macam mana nak guna 'Study and learn' dalam ChatGPT?
- Log masuk ke akaun ChatGPT.
- Tekan butang Tools, pilih 'Study and learn'.
- Tanya apa-apa soalan untuk mulakan pembelajaran.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via 