Bulan Ini Birthday Korang, Jangan Lupa ‘Sapu’ Bersih 9 Promosi & Diskaun Percuma Ini!
Hari jadi bukan sekadar tiup lilin, rugi kalau tak grab semua promosi ini!
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Bila lagi nak manjakan diri kalau bukan semasa hari lahir, betul tak? Jom check out promosi apa yang ada untuk anda bulan ini!
1. Aquaria KLCC

Raikan hari jadi anda dengan dikelilingi hidupan laut yang menakjubkan! Aquaria KLCC tawarkan kemasukan percuma khas untuk anda.
Tempoh promosi: Bermula sejak 1 Ogos.
Syarat kelayakan: Untuk warganegara Malaysia & penduduk tetap saja. Tunjuk MyKad atau IC PR fizikal di pintu masuk.
2. TGI Fridays

Nikmati satu slice kek percuma dan lupakan bab kalori sebab hari ini anda boleh cheat day! 😛
Tempoh promosi: Sepanjang bulan hari jadi anda.
Syarat kelayakan: Beritahu saja pada staf yang ini bulan hari jadi anda.
3. Baskin-Robbins

Dapatkan diskaun sebanyak 25% untuk kek aiskrim Baskin-Robbins bila anda sertai Club 31 melalui aplikasi mereka.
Tempoh promosi: Sepanjang bulan hari jadi.
Syarat kelayakan: Daftar melalui aplikasi Baskin-Robbins di Google Play atau App Store.
4. Sushi King

Dapatkan kombo pencuci mulut percuma dan 200 Smile Points melalui aplikasi Sushi King MY.
Tempoh promosi: Sepanjang bulan hari jadi.
Syarat kelayakan: Daftar di aplikasi & tunjuk kod QR ahli semasa tebus ganjaran.
5. CU Mart & myNEWS Malaysia

Tiga hadiah hari jadi menanti anda! Dapatkan secara percuma Maru Americano/Maru Tea, CU Soft Serve, dan minuman Maru pilihan (kecuali Salted Caramel Coffee Frappe).
Tempoh promosi: Bulan Ogos ini.
Syarat kelayakan: Untuk mereka lahir pada bulan Ogos. Muat turun aplikasi MYNEWS & daftar sekarang.
6. Tealive

Beli satu minuman, dapat satu lagi percuma untuk anda! Boleh kongsi dengan kawan atau keluarga.
Tempoh promosi: Sepanjang bulan hari jadi.
Syarat kelayakan: Daftar di aplikasi Tealive & masukkan tarikh lahir anda.
7. The Coffee Bean & Tea Leaf

Beli apa-apa minuman, terus dapat sekeping kek percuma. Kombinasi paling ngam!
Tempoh promosi: Sepanjang bulan hari jadi.
Syarat kelayakan: Buat pembelian minuman di mana-mana cawangan Coffee Bean.
8. Ole-Ole Bali

Nikmati Nasi Campur signature Ole-Ole Bali pada harga separuh!
Tempoh promosi: Sepanjang bulan hari jadi.
Syarat kelayakan: Umur 7 tahun ke atas, bawa IC, dan post gambar anda dengan makanan percuma Ole-Ole Bali!
9. FamilyMart

Dapatkan Sofuto secara percuma mana-mana perisa yang masih ada stok.
Tempoh promosi: Sepanjang bulan ini.
Syarat kelayakan: Daftar di aplikasi MY FamilyMart & tebus baucar di kedai.
Happy birthday! Jangan lupa claim semua promosi ni tau! 😉
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via 