Buat Video Tegur & Nasihat Gen Z, Ramai Puji Konten Mdno Di TikTok
Dengar cerita suara Mdno sampai terngiang-ngiang dekat telinga, betul ke?
Cover image via @dodosentoso (TikTok)Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Pempengaruh dan personaliti media sosial, Muhammad Noor bin Zakaria atau lebih dikenali sebagai Mdno baru-baru ini semakin mendapat perhatian ramai apabila beliau membuat konten tentang menasihati golongan Gen Z di TikTok
Menerusi beberapa video yang tular di media sosial, Mdno mula mendapat perhatian Gen Z sejak beliau menegur sikap segelintir orang muda yang gemar berbelanja barangan mewah sedangkan tiada savings bulanan.
Selain itu, ada juga konten lain yang menasihati agar mereka berbelanja di bawah kemampuan, bukan mengikut kemampuan.
Susulan tularnya video beliau, ramai Gen Z turut membuat konten gurauan apabila mereka membeli barangan mahal seperti perfume, makeup, kereta dan macam-macam lagi. Mdno pula tidak melepaskan peluang membalas balik video mereka.
Senang cerita, ia kini menjadi trend di TikTok! Contohnya seperti video-video di bawah:
Dalam pada itu, video-video Mdno juga diterima baik oleh pengguna media sosial lain dan ada yang menyokong kontennya menegur golongan Gen Z itu
Malah, ada yang menggelarnya 'Menteri Kewangan Gen Z' dan kini beliau kononnya digeruni ramai sehingga suaranya terngiang-ngiang di telinga mereka setiap kali ingin berbelanja mewah.
Antara komen positif di laman Threads:




Terbaharu, SAYS SEISMIK menerusi segmen Kita Kupas Kita Ulas (KKKU) sempat menemu bual Mdno berkenaan topik savings bulanan dan ini nasihat beliau:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



