Bos Mydin Tegur Tindakan Pelanggan Guna Sikat Sebelum Beli, Ingatkan Tentang Isu Kebersihan

Haa kan bos dah tegur!

Enlarge text
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Baru-baru ini, tular di media sosial sebuah rakaman memaparkan seorang wanita bersama keluarganya mencuba sikat di sebuah pasar raya Mydin

Perbuatan itu menimbulkan perdebatan hangat selepas didakwa mereka tidak membeli barangan tersebut.

Isu berkenaan mendapat perhatian serius daripada Pengarah Urusan Mydin Mohamed Holdings Berhad, Datuk Ameer Ali Mydin, yang tampil memberikan teguran melalui sebuah video TikTok.

Dalam video berdurasi 18 saat itu, Datuk Ameer menegaskan bahawa walaupun tidak salah untuk menyikat rambut, ia seharusnya dilakukan selepas barangan tersebut dibeli.

"Inilah dia, kita nak suka sikat rambut tapi janganlah dekat Mydin atau kat mana-mana saja. Inikan cerita hygiene (kebersihan), jadi nak menyikat tak salah, tapi belilah sikat tu dulu," katanya.

Isu kebersihan jadi perhatian

Ekoran itu, ramai netizen menyokong teguran tersebut dengan menekankan risiko kebersihan. Jika sikat digunakan oleh individu yang mempunyai masalah rambut seperti kutu, ia berpotensi menjangkiti orang lain tanpa disedari.

Ada juga yang mencadangkan pihak pasar raya membungkus setiap sikat dan menetapkan syarat barangan yang telah dibuka dianggap terjual.

Sementara itu, wanita berkenaan masih mempertahankan tindakannya dan membiarkan video asal terus berada di akaun media sosialnya meskipun dihujani kecaman netizen.

Lihat video di bawah:

@mydinmalaysia

Assalamualaikum & salam hormat, Kami mengambil maklum isu yang tular tersebut. Kami memohon kerjasama semua pelanggan untuk sentiasa menjaga kebersihan dan sensitiviti produk. Sekiranya terdapat sebarang isu atau aduan, sila kepada kaunter khidmat pelanggan atau hubungi kami di talian 1300-30-8786 dengan segera. Terima kasih atas kerjasama anda.

♬ Jet2 Advert – ✈️A7-BBH | MAN 🇬🇧

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

SAYS.com
Image via SAYS SeismikImage via