Bil Melambung Setiap Bulan? Jom Cuba Buat 10 ‘Trick’ Jimat Elektrik Ini Dulu
Ikuti semua tips yang dikongsi oleh TNB ini!
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Nak rumah sejuk tapi bil elektrik tak melambung?
Baru-baru ini, Tenaga Nasional Berhad (TNB) ada berkongsi trick jimat elektrik di laman web mereka.
Jom tengok 10 cara paling bijak dan mudah untuk jimat tenaga elektrik di rumah anda, confirm berguna untuk semua, tak kira bujang atau yang berkeluarga besar!
1. Peti sejuk kemas = jimat tenaga
Peti sejuk yang tersusun bukan sahaja nampak cantik, tetapi ia juga membantu udara sejuk beredar dengan lebih lancar. Bila tak sesak, kompresor pun tak perlu kerja keras. Jadi, anda boleh jimat elektrik, barang pun tahan lama!

2. Nak keluar rumah? Tutup semua suis dulu!
Sebelum keluar, especially semasa hujung minggu, pastikan semua lampu, kipas dan aircond dimatikan. Suis utama pun elok ditutup kalau tak ada siapa di rumah. Tak rugi pun, malah lebih selamat!

3. Kena rajin cuci filter aircond
Lagi bersih filter aircond, lagi kuat dan laju angin sejuk keluar. Kalau filter kotor, bukan sahaja lambat sejuk, bil elektrik pun boleh naik mendadak. Pastikan anda cuci filter 1-2 bulan sekali untuk prestasi tip top!

4. Jangan terlebih guna plug point
Satu plug, satu fungsi. Elak cucuk terlalu banyak peranti pada satu soket kerana ia berisiko untuk berlakunya litar pintas tinggi. Lagi satu, jangan lupa tutup suis bila tak guna. Utamakan keselamatan keluarga anda!

5. Tutup pintu & tingkap bila guna aircond
Kalau dah pasang aircond, jangan biarkan udara sejuk melayang keluar. Tutup rapat semua pintu dan tingkap supaya ruang cepat sejuk dan aircond tak perlu bekerja keras.

6. Guna cahaya semula jadi sebanyak mungkin
Buka langsir dan biarkan cahaya matahari masuk. Selain cerahkan rumah secara natural, ia juga dapat mengurangkan kebergantungan pada lampu elektrik. Bil jimat, rumah pun rasa lebih 'hidup'!

7. Gantikan lampu biasa dengan mentol jimat tenaga
Mentol LED atau mentol jimat tenaga guna lebih kurang 80% tenaga berbanding lampu biasa. Walaupun harganya mungkin mahal sikit, tetapi ia dapat tahan lama dan jimat dalam jangka panjang.

8. Tetapkan aircond pada 24°C untuk kesejukan optimum
Suhu 24°C sudah cukup untuk sejukkan bilik dengan selesa. Kalau terlalu rendah, penggunaan tenaga akan jadi lebih tinggi.

9. Set timer aircond
Tak perlu hidupkan aircond sepanjang malam. Gunakan fungsi timer supaya ia tutup sendiri selepas beberapa jam. Confirm cukup sejuk, bil pun tak menyakitkan hati bila hujung bulan.

10. Pilih peralatan elektrik yang ada 5 bintang
Kalau nak beli barang elektrik baru, cari yang ada label Energy Star atau rating 5 bintang. Barang macam ini direka untuk guna tenaga secara efisien.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via 