Betul Ke Air Lemon Boleh ‘Detox’ Badan? Ini Sebenarnya Yang Anda Perlu Tahu

Mungkin ramai yang masih belum tahu.

Enlarge text
Cover ImageCover image via eCentral.my
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Kalau sebut saja pasal detox, ramai akan bayangkan badan kita cuci bersih-bersih daripada segala benda 'jahat' dengan hanya minum satu jenis air ajaib

Tetapi secara saintifiknya, detoxification itu ialah proses kompleks yang badan kita sendiri dah buat hari-hari melalui hati, buah pinggang, paru-paru, kulit, dan sistem penghadaman.

Dengan erti kata lain, badan kita memang dah power uruskan benda ni. Kalau tak ada masalah kesihatan tertentu, anda tidak perlukan minuman khas, suplemen mahal, atau juice cleanse pun untuk detox.

SAYS.com
Image via

Gambar sekadar hiasan.

Image via eCentral.my

Jadi, air lemon bukanlah minuman ajaib untuk mem buang toksin dalam badan. Walaupun influencer di media sosial kata lain, tiada bukti saintifik yang menunjukkan air lemon boleh cuci hati atau buang toksin dalam darah.

Apa yang ia boleh buat? Pastikan badan anda cukup hidrasi. Dan itu penting kerana buah pinggang kita lebih berkesan untuk menapis sisa bila badan cukup air.

Tapi jangan salah faham, air lemon tetap ada manfaat kesihatan tau!

Walaupun bukan untuk detox, air lemon tetap ada banyak kelebihan. Antaranya adalah:

  • Bantu hidrasi: Rasa masam segar itu buatkan kita lebih semangat nak minum air kosong.
  • Kaya vitamin C: Lemon penuh dengan vitamin C, antioksidan yang membantu jaga sel dan sokong sistem imun.
  • Mungkin bantu penghadaman: Ada orang rasa air suam dengan lemon boleh gerakkan sistem penghadaman walaupun bukti saintifik masih tak banyak.
SAYS.com

Gambar sekadar hiasan.

Image via Hello SehatImage via eCentral.my

Fakta atau mitos? Jom betulkan salah faham tentang air lemon

Tidak boleh 'alkalise' badan: pH darah kita dikawal ketat, jadi minum air lemon tak ubah apa-apa.

Tidak boleh bakar lemak ajaib: Kalau turun berat, itu sebab anda tukar air manis kepada air lemon, bukan sebab lemon bakar kalori.

Tetap pilihan bijak: Rendah kalori, tinggi vitamin C, dan jauh lebih baik daripada ambil minuman bergula.

Kesimpulannya, air lemon memang sedap, segar, dan sihat. Ia boleh sokong proses semula jadi badan, tetapi takkan mengganti kerja keras hati dan buah pinggang anda.

👉 Pro tip: Lepas minum, bilas mulut dengan air kosong. Jus lemon berasid dan boleh menghakis enamel gigi kalau kerap minum.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: