Melaka Cadang Bina Jambatan Ke Indonesia, Perjalanan Hanya Ambil Masa 40 Minit
Kerajaan negeri melabur kira-kira RM500,000 untuk syarikat perunding menilai aspek teknikal, ekonomi, dan logistik projek.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Kerajaan Negeri Melaka akan membentangkan kajian cadangan pembinaan jambatan yang menghubungkan Malaysia dan Indonesia kepada Majlis Perancang Fizikal Negara (MPFN) dalam masa terdekat
Menerusi laporan Berita Harian, Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh, mengumumkan bahawa kajian ini dijadualkan bermula pada Januari tahun hadapan.
Projek yang dicadangkan itu melibatkan pembinaan jambatan sepanjang 47.7 kilometer (km), bermula dari Pengkalan Balak di Masjid Tanah menuju ke Indonesia.
Anggaran masa perjalanan merentasi jambatan ini dijangka hanya mengambil masa 40 minit.

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh menyempurnakan perasmian Kilang EPMB dan Pengeluaran Pemasangan Pertama GWM MPV WEY G9 di Kawasan Perindustrian Hicom Pegoh.
Image via NSTP/ Farhana YaacobJambatan akan menjadi 'the world gateway' terakhir menghubungkan Malaysia dan Indonesia
Menurutnya, kajian projek berskala besar itu akan diperhalusi sebelum dibawa ke MPFN untuk penelitian dan penilaian lanjut.
Beliau menjelaskan bahawa setelah mendapat kelulusan peringkat domestik, cadangan tersebut akan dibawa kepada pihak Indonesia.
"Selepas itu, kita akan membawa cadangan ini kepada pihak Indonesia bagi membincangkan pelaksanaan projek secara bersama. Kami yakin jika direalisasikan, jambatan ini akan memberi impak ekonomi besar kepada Melaka," katanya.
Tambahnya, Kerajaan Negeri telah memperuntukkan kira-kira RM500,000 untuk perkhidmatan syarikat perunding. Perunding ini bertanggungjawab menilai aspek teknikal, ekonomi, dan logistik projek berkenaan.

Selain itu, Kerajaan Negeri bercadang untuk mengambil alih 5,000 hektar tanah di Masjid Tanah. Kawasan ini akan dibangunkan sebagai kawasan perindustrian baharu yang bertujuan menyokong pembangunan Pelabuhan Antarabangsa Kuala Linggi (KLIP) dan aktiviti ekonomi biru di Melaka.
"Jambatan ini akan menjadi 'the world gateway' terakhir menghubungkan Malaysia dan Indonesia, serta membuka peluang kerjasama lebih luas antara kedua-dua negara," katanya.
Dalam perkembangan lain berkaitan acara tersebut, beliau berkata kewujudan EPMB menjadikan Melaka destinasi pelaburan automotif bernilai, berdaya saing dan semakin diyakini pemain industri antarabangsa.
"Ini bukan sahaja memperkukuh kedudukan Melaka sebagai destinasi bersejarah, tetapi turut melonjakkan negeri sebagai hab pembuatan bertaraf global selari dengan agenda mobiliti hijau negara," katanya.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via 