Austria Kuat Kuasa Larangan Pemakaian Tudung Untuk Murid Di Bawah 14 Tahun

Austria sebelum ini memperkenalkan larangan tudung di sekolah rendah pada 2019, namun ia dibatalkan Mahkamah Perlembagaan.

Enlarge text
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Parlimen Austria telah meluluskan undang-undang untuk mengharamkan pemakaian tudung di sekolah bagi kanak-kanak perempuan yang berusia di bawah 14 tahun

Menerusi laporan Harian Metro, keputusan ini disokong oleh majoriti besar Ahli Parlimen semalam.

Larangan ini dicadangkan oleh Kerajaan konservatif Austria pada awal 2025, dengan alasan kononnya ia bertujuan untuk melindungi kanak-kanak perempuan "daripada penindasan". Kerajaan berhadapan tekanan berikutan peningkatan sentimen antiimigresen di negara itu.

Walau bagaimanapun, tindakan ini telah disifatkan sebagai diskriminasi oleh kumpulan hak asasi dan pakar, yang turut memberi amaran bahawa ia berisiko mengeruhkan lagi perpecahan sosial.

SAYS.com

Gambar sekadar hiasan.

Image via Zamin

Ibu bapa boleh dikenakan denda jika tidak ikut peraturan

Austria sebelum ini memperkenalkan larangan tudung di sekolah rendah pada 2019, namun ia dibatalkan Mahkamah Perlembagaan.

Larangan ini akan dikuatkuasakan sepenuhnya bermula sesi persekolahan baharu pada September.

Walau bagaimanapun, bermula Februari, tempoh peralihan akan dilaksanakan bagi tujuan penerangan kepada pendidik, ibu bapa, dan murid tanpa mengenakan sebarang penalti.

Bagi kes ketidakpatuhan berulang, ibu bapa boleh dikenakan denda kewangan yang serius, iaitu antara 150 euro (kira-kira RM720) hingga 800 euro (kira-kira RM3,800).

SAYS.com

Gambar sekadar hiasan.

Image via Sky News

Kerajaan menjangkakan undang-undang ini akan menjejaskan kira-kira 12,000 kanak-kanak perempuan.

Dalam pengundian di Parlimen, hanya parti pembangkang Green yang menolak usul tersebut.

Meskipun Kerajaan menegaskan undang-undang baharu ini adalah selaras dengan Perlembagaan, pakar-pakar berpendapat sebaliknya, iaitu ia mendiskriminasi agama Islam dan boleh menyebabkan ketidakselesaan kepada kanak-kanak.

Kritikan keras turut datang daripada Amnesty International, yang menyifatkan langkah ini sebagai "diskriminasi terang-terangan terhadap kanak-kanak perempuan Muslim" dan sebagai "ekspresi perkauman anti-Muslim".

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: