Berapa Korang Boleh Jimat Kalau Tak Beli Air Matcha? – “Simpan Dua Tahun Boleh Pergi Percutian Idaman”
Kalau hari-hari beli matcha untuk 'happy' kami tak halang.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Matcha kini antara air yang paling banyak dibeli selain kopi sejak beberapa tahun ini di Malaysia
Jangan dikelirukan dengan teh hijau Thailand, matcha adalah dari daun teh hijau khas yang ditanam di bawah teduhan beberapa minggu sebelum ia matang untuk dituai.
Daun ini akan dikeringkan, dibuang urat dan dikisar halus menjadi serbuk hijau yang kita panggil matcha.
Semua orang tahu harga matcha boleh menjadi sangat mahal seperti harga kopi, tetapi ramai rakyat Malaysia tetap menghiraukan harganya kerana FOMO (fear of missing out).
Banyak sebenarnya duit yang boleh disimpan jika tak beli air matcha.

Jadi berapa sebenarnya duit simpanan yang kita boleh simpan jika tidak membeli matcha?
Harga matcha latte selalunya akan berharga lebih kurang RM11. Mengikut kualiti matcha, ada yang boleh mencecah puluhan ringgit hanya untuk satu cawan sahaja.
Jom buat kira-kira mudah:
Seminggu sudah RM77, sebulan bersamaan RM330, setahun mendadak ke RM4,015, dan 10 tahun terus melonjak ke RM40,150!

Apa yang korang akan dapat dari 'tabung tak beli matcha'?
Percutian ke Korea dengan hanya RM6,999 sudah cukup untuk keselesaan bercuti. Setiap percutian idaman pasti akan menjadi lebih megah. Hong Kong? Jakarta? Mauritius? Dalam negara? Sebut sahaja.

Gambar sekadar hiasan.
Image via Oh Bulan!Malah tiket konsert VVIP yang selalunya bernilai ribuan ringgit dan boleh mencecah RM10,000. Boleh jumpa terus artis-artis kegemaran korang di pentas belakang. Dengan nilai ini bukan satu konsert malah lima konsert pun boleh.

Gambar sekadar hiasan.
Image via EMV LEDTelefon baharu yang high end dengan harga RM7,999 pun mampu untuk dibeli. Iphone terbaru? Samsung terbaru? Google Pixel terbaru? Semua dalam tangan!

Gambar sekadar hiasan.
Image via CNETJika tak minum matcha untuk 10 tahun, cukup untuk bayar duit muka sebuah kereta bernilai RM40,000. Malah, bukan itu saja cukup untuk bayar duit muka beli rumah apartment!

Gambar sekadar hiasan.
Image via KL GatewayTunggu apa lagi? Inilah masanya untuk kita tidak membeli matcha bagi mendapatkan percutian idaman, rumah idaman, telefon pintar terbaru dan pelbagai lagi perkara boleh dibuat dengan simpanan 'Tabung tak beli matcha'.

Gambar sekadar hiasan.
Image via Gambar janaan AIPerlu diingatkan, kami tidak akan menghalang anda daripada membeli air matcha, tetapi jika itulah cara anda memberi ganjaran kepada diri sendiri, beli sahaja. Minum air manis jangan berlebihan.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via 