Berapa Kali Sebenarnya Kita Perlu Cuci Beras Sebelum Masak?
Sebenarnya tak perlu terlalu obses sampai basuh berkali-kali.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Ramai yang masih keliru, beras ni nak basuh sekali cukup ke, atau kena ulang sampai air jernih?
Setiap orang pasti ada macam-macam cara ada yang membasuh beras sehingga lima atau enam kali kerana percaya ia lebih bersih, ada juga yang hanya membilas sekali sahaja sebelum terus dimasak.
Malah, ada juga yang menggunakan kaedah tertentu seperti merendam beras seketika untuk dapatkan tekstur nasi yang lebih lembut.
Persoalannya, berapa kali sebenarnya basuhan yang paling tepat dan terbaik, bukan sahaja untuk kebersihan tetapi juga untuk mengekalkan nutrisi dalam beras?

Gambar sekadar hiasan.
Image via EpicuriousKenapa perlu basuh beras?
Mencuci beras penting untuk buang kotoran, habuk, atau sisa kecil yang mungkin ada semasa proses pembungkusan.
Selain itu, ia membantu mengurangkan lebihan kanji pada permukaan beras supaya nasi tak terlalu melekit.
Berapa kali patut basuh?
Kebiasaannya, 2 hingga 3 kali bilasan sudah memadai. Basuhan pertama untuk buang habuk dan kotoran kasar, manakala bilasan kedua dan ketiga untuk kurangkan kanji. Selepas itu, beras siap untuk dimasak.
Perlu ke basuh sampai air jernih?
Tak perlu terlalu obses sampai basuh berkali-kali. Kalau terlalu kerap, nutrien semula jadi dalam beras boleh hilang.
Jadi, cukup sekadar air bilasan nampak lebih bersih dan tidak terlalu keruh.

Gambar sekadar hiasan.
Image via Global KitchenTips tambahan
Kalau guna beras import atau beras yang premium, biasanya ia lebih bersih. Jadi, bilas 1 hingga 2 kali pun sudah memadai.
Untuk beras tempatan atau beras biasa, 2 hingga 3 kali bilas adalah pilihan terbaik.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via 