Barang Basah Tetap Fresh Walau Seminggu Dalam Peti Sejuk, Ini Petuanya Yang Ramai Tak Tahu

Bagus tips ini.

Enlarge text
Cover ImageCover image via @saeiyyy (Threads)
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Menjaga kesegaran bahan basah seperti sayur, ikan, ayam dan buah-buahan dalam peti ais bukan sekadar soal rasa, tetapi juga soal penjimatan dan keselamatan makanan

Ramai yang tidak sedar, cara penyimpanan yang salah boleh menyebabkan makanan cepat rosak, berbau, malah membazir wang.

Dengan teknik penyimpanan yang betul termasuk suhu sesuai, bekas kedap udara dan susunan yang teratur, bahan basah bukan sahaja kekal segar lebih lama, malah kualiti serta nutrisi juga terpelihara.

SAYS.com
Image via @saeiyyy (Threads)

Tabur gula untuk barang basah kekal segar

Menerusi perkongsian di Threads oleh pengguna @saieyyy, tular satu tip menarik tentang cara menyimpan bahan basah agar kekal segar lebih lama.

Menurutnya, rahsia mudah itu hanya menggunakan gula sebagai bahan utama.

"Betul. Tabur gula untuk simpan bahan basah, akan maintain fresh. Don't worry, gula takkan meresapnya. Ni cara my husband simpan lepas dah siang semua," tulisnya.

Perkongsian tersebut mencuri perhatian ramai yang tidak menyangka gula iaitu bahan dapur asas boleh membantu mengekalkan kesegaran bahan mentah seperti ayam, ikan dan makanan laut.

Ramai turut memuji idea itu sebagai cara mudah, jimat dan praktikal untuk diamalkan di rumah.

Lihat video di bawah:

View on Threads

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: