Bajet Lauk Sebulan Hanya RM241? Pasangan Ini Kongsi Rahsia Jimat Luar Biasa Tanpa Ikat Perut!

Murah banyak ya, bolehlah ikut tips ni!

Enlarge text
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Dalam keadaan kos sara hidup yang semakin meningkat, kebijaksanaan mengurus perbelanjaan dapur menjadi satu keperluan, khususnya bagi pasangan yang sudah berkeluarga

Perancangan rapi bukan sahaja membantu menjimatkan wang, malah mampu mengelakkan pembaziran makanan yang sering berlaku tanpa disedari.

Baru-baru ini, seorang wanita yang dikenali sebagai Nurul Solehah Mohamad Shafiri berkongsi pengalamannya di laman Threads apabila dia dan suami mengambil keputusan untuk membeli lauk basah bagi kegunaan sepanjang bulan Februari sekali gus.

Demi mengelakkan pembaziran, mereka meluangkan masa untuk duduk berbincang dan merancang menu masakan bagi sebulan lebih awal. Hasilnya, perancangan tersebut membuahkan hasil yang cukup mengejutkan!

SAYS.com
Image via @solehahshafiri (Threads)

Dengan bajet asal RM400, pasangan itu hanya membelanjakan RM241 untuk mendapatkan lapan jenis lauk utama bagi kegunaan sebulan

Antara bahan yang dibeli termasuk lima ekor ayam berharga RM87, tulang rusuk lembu seberat dua kilogram bersama daging dan lemak 500 gram dengan jumlah RM71, selain ikan kembung, ikan siakap, ikan bawal emas, udang dan sotong.

Apa yang lebih menarik, kesemua bahan mentah itu terus dibersihkan, diasingkan mengikut menu dan dilabel sebelum disimpan.

Kaedah itu bukan sahaja memudahkan proses memasak pada hari-hari bekerja, malah membantu mengawal penggunaan bahan agar lebih berhemah dan terancang.

SAYS.com
Image via @solehahshafiri (Threads)
SAYS.com
Image via @solehahshafiri (Threads)

Selain menjimatkan wang, tips itu turut menjimatkan masa dan mengurangkan tekanan harian untuk memikirkan menu masakan.

Perkongsian tersebut wajar dijadikan inspirasi kepada pasangan lain yang ingin mengurus dapur dengan lebih sistematik dan berkesan, tanpa menjejaskan kualiti hidangan keluarga.

Lihat posting di bawah:

View on Threads

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

SAYS.com
Image via SAYS SeismikImage via
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: