Bahaya & Keburukan Pakai Susuk Dalam Islam – “Dosa Besar Tersembunyi”

Beringatlah, taubat sebelum terlambat.

Enlarge text
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Dalam mengejar kecantikan, kekebalan atau daya penarik yang segera dan luar biasa, sesetengah individu memilih jalan pintas yang dikenali sebagai susuk

Namun, di sebalik mitos kuasa ajaib yang dijanjikan, amalan mistik ini sering kali membawa risiko yang jauh lebih besar daripada manfaatnya.

Ia mendedahkan pengamalnya kepada pelbagai keburukan dan implikasi yang tidak hanya melibatkan fizikal, tetapi juga spiritual serta kehidupan seharian.

Jika anda tertanya-tanya apa sebenarnya risiko susuk kepada pemakai, berikut penjelasan di bawah.

SAYS.com
Image via Harian MetroImage via

8 kesan buruk susuk kepada pemakai


1. Perbuatan syirik

Menduakan Allah SWT dengan perbuatan perjanjian bersekutu bersama jin dan iblis.


2. Dibawa ke lembah maksiat

Dilakukan oleh jin khadam susuk untuk merubah perangai kepada suka maksiat.


3. Hilang berkat dalam doa

Boleh terjerumus kepada pendapatan rezeki tidak halal.


4. Perangai berubah

Bertukar menjadi individu negatif seperti panas baran, sombong dan riak.


5. Merosakkan organ dalaman

Ia boleh menyebabkan sakit dalam kesan masa oanjang dan susah untuk sembuh.

SAYS.com

Gambar sekadar hiasan.

Image via Suara

6. Keluarga dan orang sekeliling terkena tempias jin khadam susuk

Jin ini akan berdamping dengan anak, suami, isteri atau orang berdekatan.


7. Susah meninggal dunia

Hal ini kerana ia sudah terikat dengan jin khadam susuk.


8. Jin khadam susuk

Jin ini akan mencari anak cucu dan 'paksa' untuk terimanya sebagai pewaris.


Kesimpulannya, dari sudut pandang Islam, amalan susuk dikategorikan sebagai dosa besar dan amalan khurafat yang membawa keburukan mutlak.

Tindakan memasukkan susuk adalah bertentangan dengan konsep tawakal (berserah diri kepada Allah) dan merupakan sebahagian daripada sihir yang diharamkan.

Keburukan utamanya terletak pada risiko azab di akhirat dan kerosakan akidah. Di dunia pula, ia boleh menyebabkan gangguan jin, kesakitan fizikal, dan kesulitan dalam menjalani kehidupan seharian kerana terikat dengan pantang larang yang karut.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: