Atlet UPSI Terus Bersinar, Alumni Raih Emas Sukan SEA & Dua Pelajar Tembusi Skuad Negara

Terbaik wakil UPSI, kami bangga!

Enlarge text
Cover ImageCover image via Sinar Bestari
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) sekali lagi membuktikan statusnya sebagai lubuk atlet berbakat apabila pelajar dan alumninya terus mencipta kejayaan di pentas sukan

Menurut laporan Sinar Bestari, terbaharu, alumni UPSI, Nur Syafiqah Hamzah mencuri perhatian apabila berjaya merangkul pingat emas di Sukan SEA Thailand 2025.

Lebih membanggakan, graduan Diploma Pendidikan Awal Kanak-kanak dan Ijazah Sarjana Muda Sains Kejurulatihan (2019) itu mencipta sejarah apabila muncul juara acara tunggal puteri, sekali gus menghadiahkan emas pertama buat Malaysia dalam acara tersebut.

Tidak terhenti di situ, dua lagi pelajar UPSI turut melakar kejayaan apabila terpilih menyertai Skuad Podium dan Pelapis Olahraga Malaysia bagi tahun 2026.

SAYS.com
Image via Sinar Bestari

Danish Iftikar Muhammad Roslee, 19, dan Adam Haqimi Azrail, 20, yang mengikuti program Diploma Sains Sukan dan Kejurulatihan dipilih oleh Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) selepas menunjukkan prestasi konsisten dalam kejohanan olahraga kebangsaan.

Danish bakal membawa cabaran negara dalam acara pecut 100 meter, manakala Adam pula akan beraksi dalam acara lompat jauh.

Menurut Naib Canselor UPSI, Profesor Datuk Dr Md Amin Md Taff, kejayaan ini membuktikan keupayaan atlet universiti untuk bersaing di peringkat lebih tinggi

SAYS.com

Naib Canselor UPSI, Profesor Datuk Dr Md Amin Md Taff

Image via Berita HarianImage via Image via

"Pemilihan ini membuktikan keupayaan atlet universiti untuk bersaing bukan sahaja di peringkat kebangsaan, malah di pentas antarabangsa.

"Ia juga merupakan pengiktirafan terhadap usaha gigih atlet dengan sokongan padu jurulatih serta pihak universiti yang sentiasa komited melahirkan atlet cemerlang,"
katanya.

Tambah beliau, UPSI komited menyediakan persekitaran terbaik untuk membantu pelajar seimbangkan akademik dan sukan.

Kejayaan ini bukan sahaja mengharumkan nama universiti, malah diharap menjadi inspirasi kepada pelajar lain untuk terus mengejar impian dan mengharumkan nama Malaysia di pentas dunia.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: