Apa Perlu Buat Lepas Kehilangan Tersayang? Ini Cara Mohon Sijil Kematian

Simpan sijil ini dengan selamat kerana ia diperlukan untuk pelbagai urusan penting di masa akan datang.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Facebook & Berita harian
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Sijil kematian ialah dokumen penting untuk urusan rasmi selepas kehilangan orang tersayang

Ini langkah yang anda perlu tahu untuk membuat permohonan secara sah dan teratur di Malaysia.

Apabila berlaku kematian, waris atau individu bertanggungjawab perlu membuat laporan dan memohon sijil kematian di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Dokumen ini sangat penting untuk:

  • Tuntutan insurans
  • Pengurusan harta pusaka
  • Penamatan akaun bank, bil, dan perkhidmatan lain
  • Rekod rasmi kematian dalam sistem kerajaan
SAYS.com

Gambar sekadar hiasan.

Image via Facebook

Siapa yang boleh membuat permohonan?

Permohonan sijil kematian boleh dibuat oleh:

  • Waris terdekat (suami/isteri, anak, ibu bapa)
  • Individu yang berada di tempat kejadian
  • Pegawai hospital/klinik
  • Pengurus jenazah atau sesiapa yang menguruskan pengebumian

Di mana permohonan boleh dibuat?

Bergantung pada lokasi kematian, permohonan boleh dibuat di:

  • Pejabat JPN berdekatan (termasuk UTC)
  • Hospital kerajaan (jika kematian berlaku di hospital)
  • Balai Polis (bagi kematian luar biasa atau memerlukan siasatan)

Tempoh laporan kematian perlu dibuat

Menurut undang-undang, laporan kematian perlu dibuat dalam tempoh 24 jam selepas kematian berlaku.

Jika laporan dibuat selepas tempoh ini, permohonan akan dikira sebagai "lewat daftar" dan akan melalui proses yang lebih ketat serta memerlukan pengesahan tambahan.

SAYS.com

Gambar sekadar hiasan.

Image via Lembaga Zakat Selangor

Dokumen yang diperlukan

Untuk memohon sijil kematian, anda perlu menyediakan:

  1. Kad pengenalan si mati (asal dan salinan)
  2. Kad pengenalan pelapor (asal dan salinan)
  3. Borang JPN.LM01 (borang daftar kematian)
  4. Surat pengesahan kematian daripada hospital atau doktor
  5. Laporan polis (jika kes kematian luar biasa)

Proses permohonan di pejabat JPN

  1. Hadir ke kaunter JPN dan ambil nombor giliran
  2. Serahkan semua dokumen kepada pegawai bertugas
  3. Pegawai akan semak dan sahkan maklumat dalam sistem
  4. Jika lengkap dan tiada isu, sijil kematian akan dikeluarkan pada hari yang sama
SAYS.com

Gambar sekadar hiasan.

Image via Berita Harian

Yuran permohonan

  • Tiada bayaran dikenakan untuk daftar kematian biasa (dalam 24 jam)
  • Untuk daftar lewat, bayaran RM10 dikenakan dan proses semakan lebih panjang

Adakah boleh daftar secara online?

Buat masa ini, pendaftaran kematian tidak boleh dilakukan secara dalam talian kerana ia memerlukan pengesahan dokumen asal dan kehadiran fizikal pelapor.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: