AMBER EID’S: TIME FOR LOVE, Koleksi Eksklusif Amber LUXE Diperkenalkan Sempena Raya 2026
Orang ramai kini boleh mula mendapatkan koleksi Amber Raya 2026 menerusi laman web rasmi.
Cover image via AmberFollow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Jenama fesyen tempatan terkemuka, Amber, kembali mencuri tumpuan industri tekstil negara dengan pelancaran kempen Aidilfitri terbaharu bagi tahun 2026 yang diberi judul "AMBER EID'S: TIME FOR LOVE"
Majlis pelancaran yang berlangsung dengan penuh gilang-gemilang di Glass House Seputeh itu turut menyaksikan pengenalan koleksi eksklusif sulung, Amber LUXE, yang direka khas untuk memenuhi permintaan segmen pasaran premium bagi musim perayaan akan datang.
Kempen tahun ini diperkukuhkan lagi dengan kehadiran barisan artis popular tanah air yang bertindak sebagai wajah utama memperagakan koleksi Amber. Antara selebriti yang menghiasi kempen ini termasuklah Fattah Amin, Nora Danish, Scha Alyahya, Hael Husaini dan Amira Othman.
Gandingan bintang-bintang hebat ini memberikan imej prestij dan eksklusif kepada setiap helaian rekaan yang ditampilkan.


Istanbul jadi inspirasi & lokasi penggambaran
Bagi memberikan nafas segar dan nilai estetik yang tinggi, Amber telah memilih kota bersejarah Istanbul, Turkiye sebagai lokasi penggambaran kempen tahun ini. Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Amber, Datuk Adzliana Hasan, elemen kebudayaan Islamik dan nilai nostalgia di Istanbul sangat bertepatan dengan visi koleksi 2026.
"Istanbul dipilih kerana ia adalah kota yang penuh dengan nilai budaya dan nostalgik. Pemilihan lokasi ini menepati ciri-ciri yang kita cuba ketengahkan tahun ini," ujar beliau.
Koleksi utama Amber Raya 2026 menampilkan enam rekaan untuk wanita dan dua rekaan untuk lelaki yang mengambil inspirasi daripada seni bina ikonik Istanbul:
- AyaSofya: Diinspirasikan daripada kubah Hagia Sophia dengan potongan accordion pleats.
- Lalizar: Menampilkan motif bunga tulip diraja zaman Uthmaniyyah.
- Hürrem: Mencerminkan semangat sultana melalui peplum regal dan corak floral.
- Bosphorus & Rumeli (Lelaki): Menawarkan gaya maskulin moden dengan palet warna earth tone.


Bagi koleksi premium Amber LUXE, ia digayakan khas oleh Scha Alyahya dan Hael Husaini dengan penggunaan fabrik satin mewah serta chiffon sutera yang diperincikan dengan lipatan kemas serta elemen ruffle romantik.
Selain pelancaran koleksi, Amber turut mengumumkan peluasan rangkaian fizikal mereka dengan pembukaan butik terbaharu di IOI City Mall, Putrajaya yang dijadualkan bermula pada 9 Februari 2026.
Orang ramai kini boleh mula mendapatkan koleksi Amber Raya 2026 menerusi laman web rasmi jenama tersebut, dengan beberapa rekaan eksklusif turut ditawarkan melalui sistem pra-tempahan.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



