adidas Originals Raikan Acara Superstar Di ‘Pop-Up’ Pavilion, Kuala Lumpur

Para pengunjung berpeluang untuk merasai sendiri pengalaman dunia Superstar dari 27 Ogos hingga 1 September 2025 ini.

Enlarge text
Cover ImageCover image via adidas
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

adidas Malaysia meraikan kejayaan siluet ikonik Superstar dengan penganjuran acara istimewa di Pavilion Kuala Lumpur baru-baru ini

Bermula dari 27 Ogos hingga 1 September 2025, para pengunjung berpeluang untuk merasai sendiri pengalaman dunia Superstar yang telah melakar sejarah dalam sukan, fesyen dan muzik sejak ia mula diperkenalkan.

Untuk acara adidas Superstar: The Original Showcase ini, ia diadakan di Centre Court di aras 2. Acara ini menampilkan pelbagai zon interaktif termasuk Superstar Game Zone untuk aktiviti berasaskan sukan, Superstar Sound Booth bagi mereka yang ingin menguji kreativiti dalam dunia muzik, serta Superstar Café untuk menikmati sajian istimewa bertemakan jenama.

Selain itu, terdapat juga Made For You Counter yang membolehkan pengunjung meneroka gaya ekspresi diri dengan sentuhan peribadi mereka tersendiri.

SAYS.com
Image via adidas

Lebih daripada sekadar kasut, Adidas Superstar diraikan sebagai simbol budaya yang merentasi generasi

Daripada gelanggang sukan, ke jalanan sehinggalah ke pentas muzik. Adidas menjemput komuniti tempatan untuk menjadi sebahagian daripada perjalanan tersebut dan meraikan semangat asal yang masih relevan hingga kini.

Acara Superstar: The Original ini terbuka kepada orang ramai dan menjadi ruang untuk pengunjung menikmati pengalaman gaya hidup, seni, serta budaya jalanan yang menjadi tunjang kepada legasi adidas Superstar.

SAYS.com
Image via adidas

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: