adidas Malaysia Lancar ‘Home Of Originals’ Di The Campus Ampang – “Hab Budaya & Gaya Hidup Baharu”
Butik ini turut menempatkan zon "MADE FOR YOU" untuk memberikan pengalaman customization kepada pelanggan.
Cover image via Akmal Redzwan/SAYS SeismikFollow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Jenama sukan global, adidas baru-baru ini melakar sejarah baharu di ibu kota dengan pembukaan butik konsep Home of Originals yang terletak di The Campus Ampang
Berbeza dengan butik konvensional, gedung ini direka sebagai sebuah pusat hiper-lokal yang menyatukan elemen sukan, gaya, dan komuniti dalam satu ruang kreatif. Terletak di pusat kejiranan gaya hidup yang diberi nafas baharu daripada bekas kawasan kampus, Home of Originals tampil dengan estetika reka bentuk industri yang moden.
Selain menawarkan rangkaian produk eksklusif adidas Originals, butik ini turut menempatkan zon "MADE FOR YOU" untuk memberikan pengalaman customization kepada pelanggan.



Pengurus Negara adidas Malaysia, Preston Page, menjelaskan bahawa pembukaan ini menandakan peralihan strategik jenama tersebut di pasaran tempatan.
"Home of Originals melangkaui ruang runcit tradisional. Kami mahu membina hab yang dibentuk oleh komuniti melalui acara hiper-tempatan, perjumpaan kelab larian, serta integrasi adidas Football Park yang akan datang. Ini adalah peralihan kami kepada perniagaan yang berteraskan budaya dan komuniti," ujar beliau.
Ganjaran eksklusif hujung minggu pembukaan dari 1 hingga 3 Mei
Bagi meraikan pembukaan ini, ahli adiClub bakal dihidangkan dengan pelbagai tawaran menarik sepanjang hujung minggu pembukaan (1 hingga 3 Mei 2026):
- Aiskrim & Pastri Percuma: Belanja minimum RM399 untuk menikmati hidangan daripada Piccoli Lotti dan Universal Bakehouse.
- Koleksi Piring Hitam 'Campus': Percuma dengan pembelian sehelai adidas Essentials Tee (selagi stok masih ada).
- Kesihatan & Kecergasan: Tebus sesi Pilates di Flow Studio menggunakan mata ganjaran adiClub.



Melengkapkan ekosistem di The Campus Ampang, adidas merancang untuk mentransformasikan padang bola sepak sedia ada menjadi adidas Football Park. Ia bakal berfungsi sebagai pusat komuniti sukan yang aktif, memupuk semangat kesukanan melalui penganjuran pelbagai kejohanan dan aktiviti sosial.
adidas Home of Originals kini dibuka secara rasmi di LOT G-14, Aras Bawah, The Campus Ampang. Untuk maklumat lanjut, kunjungi laman sesawang rasmi di www.adidas.com.my atau ikuti Instagram @adidasMY.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



