Ada Bantal Busuk Tapi Tak Pernah Cuci? Jangan Ambil Mudah, Ini Risikonya
Hati-hati dengan bantal busuk anda.
Cover image via ThreadsFollow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Nampak comel dan penuh kenangan, tapi bantal busuk yang tak pernah dicuci boleh jadi 'sarang' kuman yang bahaya untuk kesihatan
Ramai antara kita atau anak-anak kita yang ada bantal busuk yang jadi peneman tidur sejak kecil.
Ia mungkin penuh dengan kasih sayang, tapi tanpa disedari, ia juga menyimpan habuk, bakteria dan pelbagai mikroorganisma lain.
Tahukah anda, jika dah bertahun tak pernah dibersihkan boleh mengundang pelbagai risiko kesihatan. Ini antaranya:

Gambar sekadar hiasan.
Image via The Asian ParentImage via1. Alahan & asma bertambah teruk
Bantal lama boleh mengandungi hama habuk (dust mites) yang mencetuskan alahan seperti:
- Hidung berair atau tersumbat
- Bersin berulang kali
- Mata gatal atau berair
Bagi penghidap asma, habuk dari bantal busuk boleh memburukkan lagi simptom seperti sesak nafas dan batuk.
2. Jangkitan kulit
Kuman dan bakteria dari peluh, air liur atau sisa makanan yang terkena pada bantal boleh menjadi punca kepada:
- Jerawat atau ruam
- Jangkitan kulat seperti kurap
- Kudis kecil di bahagian muka atau badan
Kanak-kanak yang selalu peluk atau cium bantal busuk lebih terdedah kepada jangkitan kulit jika tidak dibersihkan.
3. Masalah pernafasan
Selain hama, kulat yang tumbuh pada bantal lembap juga boleh mengganggu sistem pernafasan. Kulat jenis ini boleh menyebabkan:
- Hidung tersumbat
- Batuk berpanjangan
- Nafas berbunyi (wheezing)
Lebih merisaukan kalau bantal busuk dibawa ke taska atau sekolah kerana pendedahan berpanjangan boleh jejaskan kesihatan kanak-kanak lain.

Gambar sekadar hiasan.
Image via Leyna4. Bau kurang menyenangkan
Peluh dan air liur yang terkumpul dari masa ke masa boleh buat bantal busuk mengeluarkan bau hapak. Walaupun pemilik dah terbiasa, bau ini sebenarnya petanda bantal perlu dibersihkan atau diganti.
5. Risiko penyebaran kuman
Jika bantal busuk dikongsi atau disentuh oleh individu lain, risiko penyebaran kuman meningkat. Ini termasuk virus dan bakteria yang boleh menyebabkan:
- Demam
- Sakit tekak
- Jangkitan saluran pernafasan atas
Cara penjagaan bantal busuk
- Cuci secara berkala (sekali sebulan jika boleh)
- Gunakan sarung bantal yang boleh dibasuh
- Jemur di bawah cahaya matahari untuk bunuh bakteria
- Pertimbang ganti baru setiap 1–2 tahun, terutama jika ada tanda-tanda jangkitan
Tak salah simpan bantal busuk sebagai kenangan atau peneman tidur, tapi kebersihan tetap perlu dijaga.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



