Acara Esukan KPL 2025 Catat Guinness World Records, Seramai 62,196 Penonton Hadir Di Stadium

Dah macam tengok perlawanan bola!

Enlarge text
Cover ImageCover image via HOK Esports MY & miawaug
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Honor of Kings menutup tirai kejohanan Kings Pro League (KPL) 2025 di China semalam dengan penuh gemilang apabila mencipta sejarah baharu di majlis penutup di Stadium Nasional China dengan kehadiran 62,196 penonton, sekali gus diiktiraf Guinness World Records sebagai acara esukan dengan jumlah penonton fizikal paling ramai di dunia

Dengan kapasiti stadium mencecah 80,000 tempat duduk, suasana sepanjang acara dipenuhi elemen persembahan mewah, lengkap dengan upacara pembukaan sebelum aksi bermula.

Image via Gamingonphone

Tiket terjual hampir sepenuhnya sebaik sahaja laman web pembelian dibuka dan sejak awal siaran, pengulas-pengulas sudah mula memperkatakan tentang kehadiran penonton yang begitu ramai itu.

Acara kali ini dianjurkan oleh Level Infinite dan TiMi Studios dengan tiket ke final habis dijual dalam masa singkat. Hadiah untuk juara mencecah ¥20,000,000 (anggaran RM19 juta), menjadikan ia antara hadiah wang terkumpul tertinggi dalam dunia esukan.

Image via GosuGamers

AG Super Play tampil garang dan menundukkan Dragon Ranger Gaming dengan keputusan 4-1 untuk dinobatkan sebagai juara.

Beberapa minggu sebelum ini, Honor of Kings baru sahaja meraikan ulang tahun ke-10 dan kini satu lagi pencapaian membanggakan kini terukir dalam sejarahnya.

Tidak keterlaluan jika dikatakan permainan ini terus mendefinisikan semula landskap esukan mudah alih, bukan sahaja di China, malah di peringkat global

Perjalanan belum berakhir kerana pihak penganjur sudah pun mengumumkan pelan esukan untuk 2026 selain kejohanan antarabangsa KIC 2025 yang bakal berlangsung November ini di Filipina.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik