7 Kelebihan Urutan Bayi Yang Ramai Ibu Tak Tahu, Bukan Sekadar Nak ‘Manjakan’ Baby

Haa, siapa yang baru jadi parents tu boleh buat aktiviti ini selalu untuk keselesaan bayi!

Enlarge text
Cover ImageCover image via Sleepfull & Spa Theory
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Ramai ibu bapa ingat urutan bayi cuma untuk bagi anak rasa selesa atau manjakan dia je

Tetapi sebenarnya, baby massage mempunyai banyak manfaat tersembunyi untuk kesihatan dan perkembangan si kecil.

Kalau belum pernah cuba, jom tengok sebab kenapa aktiviti ini patut jadi rutin harian (atau sekurang-kurangnya mingguan) setiap ibu ayah.

Menurut perkongsian seorang pengguna di laman Threads, terdapat lapan kelebihan baby massage:

1. Tidur lebih lena

Urutan lembut sebelum tidur boleh bantu bayi lebih tenang dan relaks. Ia merangsang hormon serotonin (hormon gembira) dan mengurangkan kortisol (hormon stres). Jadi, baby pun cepat mengantuk dan tidur lebih lama tanpa kerap terjaga tengah malam.

SAYS.com

Gambar sekadar hiasan.

Image via Breathing Space

2. Kurangkan kembung & sembelit

Masalah perut kembung dan sembelit memang 'drama' biasa untuk newborn. Tapi dengan urutan di bahagian perut menggunakan teknik yang betul, gas boleh dikeluarkan dengan lebih mudah dan sistem pencernaan pun jadi lebih lancar. Lepas ini tak ada dah sesi menangis tak tentu arah sebab perut tak selesa!

SAYS.com

Gambar sekadar hiasan.

Image via ReConnect Health Centre

3. Tenangkan baby bila meragam & naikkan mood baby

Macam orang dewasa, bayi pun ada 'bad day'. Kadangkala, mereka menangis bukan sebab lapar, tapi sebab mereka penat atau overstimulated. Sentuhan lembut semasa urutan sebenarnya boleh memberi rasa selamat dan disayangi. Ia seolah-olah ibu sedang peluk dengan penuh kasih. Hasilnya? Bayi lebih cepat bertenang dan kurang meragam kerana pengeluaran hormon oksitosin (hormon kasih sayang) meningkat.

SAYS.com

Gambar sekadar hiasan.

Image via Spa Theory

4. Bantu kuatkan otot & tulang

Urutan juga bantu merangsang peredaran darah dan perkembangan fizikal bayi. Bila urat dan otot sentiasa dirangsang, bayi jadi lebih aktif dan kuat bila mula belajar meniarap, merangkak dan berjalan nanti. Ia macam 'mini senaman' untuk baby tapi dalam versi lembut.

SAYS.com

Gambar sekadar hiasan.

Image via Sleepfull

5. Kulit lembut & sihat

Gunakan minyak urutan khas bayi, contohnya minyak kelapa dara atau baby oil bebas bahan kimia. Ia bukan saja buat kulit lembap dan halus, malah bantu mengurangkan ruam dan kekeringan kulit. Bonus: baby pun berbau wangi lepas urutan!

SAYS.com

Gambar sekadar hiasan.

Image via Newborn Baby

6. Eratkan bonding ibu & anak

Waktu mengurut ialah masa terbaik untuk skin-to-skin connection. Bila ibu atau ayah menyentuh dan bercakap lembut semasa urutan, bayi belajar mengenali suara dan sentuhan anda. Hubungan emosi pun jadi lebih kuat, di mana ia adalah sesuatu yang sangat penting dalam perkembangan awal bayi.

SAYS.com

Gambar sekadar hiasan.

Image via Nested Bean

7. Bantu penghadaman lebih lancar

Selain bantu mengurangkan sembelit, urutan yang betul di bahagian perut dan pinggang juga merangsang sistem penghadaman. Ia membantu tubuh bayi menyerap nutrien dengan lebih baik, menjadikannya lebih sihat dan bertenaga setiap hari.

SAYS.com

Gambar sekadar hiasan.

Image via What to Expect

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

SAYS.com
Image via SAYS SeismikImage via
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: