5 Tempat Simpan Duit Raya Anak Yang Berbaloi & Menguntungkan
Tak kisah nak pilih yang mana, yang penting jangan biarkan duit raya anak habis macam itu je.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Setiap kali raya, anak-anak mesti dapat duit raya yang bukan sikit jumlahnya
Tetapi persoalannya nak simpan di mana supaya duit tu tak habis begitu saja?
Ramai ibu bapa sekarang dah mula bijak urus duit raya anak dengan simpan di tempat yang bukan saja selamat, malah boleh berkembang.
Ini 5 pilihan yang anda boleh pertimbangkan:
1. Lembaga Tabung Haji

Kalau nak simpanan patuh syariah dan jangka panjang, Tabung Haji memang pilihan popular. Dengan deposit serendah RM100, anda dah boleh buka akaun untuk anak.
Bukan setakat simpan duit, malah boleh jadi persediaan awal untuk mereka menunaikan haji satu hari nanti. Bonusnya, dividen tahunan yang diberikan sudah ditolak zakat.
2. Amanah Saham Nasional Berhad (ASB)

ASB antara tempat favourite ibu bapa sebab pulangan dividen yang konsisten. Dengan modal serendah RM10, duit raya anak boleh mula berkembang.
Lagi best, pengeluaran pun mudah dan tak perlu tunggu lama. Sesuai sangat untuk simpanan pendidikan masa depan.
3. Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (SSPN)

Nak fokus untuk pendidikan anak? SSPN memang direka khas untuk tujuan ini. Selain dividen, ibu bapa juga boleh dapat pelepasan cukai.
Ada juga insentif tambahan seperti cabutan hadiah dan perlindungan takaful. Kiranya simpan sambil dapat lebih banyak manfaat.
4. Bank Simpanan Nasional (BSN SSP)

Ini menarik sebab sambil menyimpan, anda juga berpeluang menang hadiah melalui cabutan bulanan dan tahunan. Dengan serendah RM10, anak dah boleh mula menyimpan. Modal pun tak terjejas walaupun sertai cabutan.
5. Emas

Kalau anda jenis suka aset fizikal, emas boleh jadi pilihan. Nilainya cenderung meningkat dalam jangka panjang dan boleh jadi back up ketika kecemasan. Cuma pastikan beli daripada sumber yang sah untuk elakkan penipuan.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via 