5 Tabiat ‘Simple’ Yang Ramai Abaikan, Tapi Sebenarnya Kunci Gigi Sihat & Senyuman Power!

Gigi sihat bukan hasil usaha besar, tapi konsisten dengan tabiat kecil setiap hari.

Enlarge text
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Nak gigi cantik, nafas segar dan senyuman yakin bukan sekadar gosok gigi dua kali sehari

Ramai tak sedar, rutin harian kecil yang nampak remeh sebenarnya boleh jadi penentu sama ada gigi kekal sihat atau mula rosak perlahan-lahan.

Ini 5 cara mudah yang ramai overlook tapi sangat penting:

1. Jaga berus gigi

SAYS.com

Gambar sekadar hiasan.

Image via Klinik Pergigian As-Salam Dental

Berus gigi bukan sekadar alat, ia sebenarnya tempat bakteria mudah berkumpul.

Lepas guna, pastikan bilas bersih dan simpan dalam keadaan tegak supaya cepat kering. Jangan simpan dalam bekas tertutup yang lembap. Dan paling penting, tukar setiap 3 bulan atau lebih awal kalau bulu dah kembang.

2. Guna ubat gigi yang ada fluorida

SAYS.com

Gambar sekadar hiasan.

Image via Wikipedia

Ramai ingat fluorida cuma penting untuk budak, tapi sebenarnya orang dewasa pun perlukan. Ia bantu menguatkan enamel gigi dan lindungi daripada kerosakan. Pastikan ubat gigi yang digunakan ada fluorida. Ini antara shield paling asas untuk gigi anda.

3. Berus lidah dan bahagian dalam pipi

SAYS.com

Gambar sekadar hiasan.

Image via The Malaysian Medical Gazette

Sisa makanan dan bakteria bukan duduk kat gigi saja. Lidah dan bahagian dalam pipi pun jadi 'port' utama. Kalau tak bersihkan, ia boleh jadi punca nafas berbau dan masalah mulut lain.

Biasakan gosok lidah atau guna pembersih khas setiap kali lepas memberus gigi.

4. Kurangkan minuman bergula

SAYS.com

Gambar sekadar hiasan.

Image via mStar

Air manis, soda dan minuman tenaga mempunyai kandungan gula tinggi yang boleh hakis enamel gigi. Lagi teruk kalau minum tapi tak bilas mulut atau gosok gigi selepas tu.

Kalau nak gigi tahan lama, cuba biasakan minum air kosong, susu atau jus segar tanpa gula tambahan.

5. Kerap jumpa doktor

SAYS.com

Gambar sekadar hiasan.

Image via Universiti Kebangsaan Malaysia

Ini kesilapan paling common. Ramai hanya pergi klinik bila dah sakit teruk. Hakikatnya, pemeriksaan berkala boleh kesan masalah lebih awal dan elakkan rawatan mahal. Doktor gigi juga boleh ajar cara penjagaan yang sesuai ikut keadaan gigi anda.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

SAYS.com
Image via SAYS SeismikImage via
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: