5 Perbezaan Antara Char Kuey Teow & Kuey Teow Biasa Yang Ramai Masih Keliru

Ramai sebenarnya yang masih konfius, betul tak?

Enlarge text
Cover ImageCover image via Fried Chillies & Resepi Bonda
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Walaupun kedua-duanya menggunakan bahan utama yang sama, char kuey teow dan kuey teow biasa sebenarnya adalah dua hidangan berbeza

Kalau anda selalu order tapi masih tak pasti beza rasa dan cara masaknya, ini jawapan paling senang nak faham. Anda kena baca artikel ini sampai habis okay?

1. Cara memasak: 'Char' vs goreng biasa

Perkataan 'char' dalam dialek Hokkien bermaksud 'goreng', tetapi secara tradisi, ia merujuk kepada teknik tumisan atas api besar sehingga ada aroma dan sedikit berasap.

Kuey teow biasa pula lebih simple, dimasak atas api sederhana dan tak perlukan 'wok hei'. Sebab itu hasilnya lebih lembut dan kurang smoky.

SAYS.com
Image via SOS CILI

2. Rasa & aroma: Wok Hei vs mild & savoury

Char kuey teow terkenal dengan rasa smoky dan perisa yang lebih pekat kerana penggunaan kicap, sos tiram, udang kering dan sambal.

Kuey teow biasa pula lebih kepada rasa ringan, bergantung pada sup atau sos yang digunakan, contohnya kuey teow sup atau kuey teow goreng putih.

SAYS.com
Image via Che Nom

3. Bahan-bahan: Lebih 'meriah' vs ringkas

Dalam char kuey teow, biasanya ada udang, kerang, taugeh, kucai, telur dan sambal.

Kuey teow biasa lebih fleksibel dan ikut jenis hidangan. Jika sup, mungkin ditambah fishball, daging atau ayam. Kalau goreng, biasanya sayur dan sedikit protein saja.

4. Tekstur hidangan: Kering berminyak vs lembut & berkuah

Char kuey teow biasanya kering sedikit dan berminyak, sebab digoreng cepat atas kuali panas.

Kuey teow biasa pula ada banyak versi. Ada kedai yang goreng lembut, ladna berkuah, kuey teow kungfu yang garing atau sup yang cair. Teksturnya lebih pelbagai dan kurang 'heavy'.

SAYS.com
Image via Rasa Malaysia

5. Asal usul & identiti hidangan

Char kuey teow terkenal sebagai makanan jalanan ikonik Pulau Pinang.

Kuey teow biasa pula lebih universal, wujud dalam pelbagai gaya termasuk Thai, Cina, Melayu dan fusion moden.

Haa, jadi sekarang dah tahu kan apa beza char kuey teow dan kuey teow biasa? 😛

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

SAYS.com
Image via SAYS SeismikImage via
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: