5 Jenis Makanan Yang Boleh Rosakkan Kualiti Sperma, Kaum Lelaki Hati-Hati!

Jangan ambil remeh, penting tau info ini!

Enlarge text
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Ramai golongan lelaki mungkin tak sedar, tetapi ada beberapa jenis makanan harian yang sebenarnya boleh menjejaskan kesuburan mereka

Menerusi satu perkongsian di Instagram, seorang doktor perubatan yang dikenali Dr Raihana Ismail mendedahkan ada lima jenis makanan yang boleh menurunkan kualiti sperma lelaki.

Menurutnya, makanan-makanan itu boleh menyebabkan hormon estrogen palsu berlebihan dalam badan.

"Bila estrogen palsu banyak, hormon testosteron dan sperma akan menurun, lemak pula senang berkumpul di perut dan payudara bersifat kewanitaan," jelasnya.

SAYS.com
Image via @drraihanaismail (Instagram)

Antara lima makanan boleh menurunkan kualiti sperma lelaki adalah:

1. Gula

"Gula pasir, brown sugar, susu pekat manis. Ia akan menghasilkan hormon estrogen palsu berlebihan dalam badan. Jadi, elakkan dan kurangkan," katanya.

SAYS.com
Image via @drraihanaismail (Instagram)

2. Makanan dalam tin

"Contohnya macam sardin dalam tin, jadi elakkan ikan dalam tin, jagung dalam tin dan buah koktail dalam tin. Tin ni aluminium, dia akan mimik kepada hormon estrogen juga dalam badan lelaki," katanya.

SAYS.com
Image via @drraihanaismail (Instagram)

3. Makanan panas yang dibungkus dalam plastik

"BPA plastik ni pun akan mimik kepada hormon estrogen. Bayangkan kalau ada air mineral yang tak habis dalam kereta di tempat panas. Air mineral tu akan berpeluh dan meruap, kita pula pergi masuk dalam kereta dan minum balik air mineral tu. Jadi, elakkan makan sebarang makanan dan minuman yang dibungkus dalam plastik. Yang paling ketara, ketupat plastik," katanya.

SAYS.com
Image via @drraihanaismail (Instagram)

4. Protein yang diternak

"Ayam yang disuntik hormon tumbesaran akan bagi effect sperma menurun. Jika dimakan dengan kerap, ia boleh meningkatkan estrogen dalam badan lelaki," katanya.

SAYS.com
Image via @drraihanaismail (Instagram)

5. Ubat steroid

"Untuk lelaki yang kuat main gym, stop makan ubat steroid kerana ia akan menyebabkan sperma anda mati atau pun mungkin tak ada langsung. Elakkan pengambilan ubat steroid dan juga sebarang ubat kampung yang kononnya untuk sakit urat tapi tak perasan rupa-rupanya ada campuran steroid di situ," jelasnya.

Lihat video penuh di bawah:

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

SAYS.com
Image via SAYS SeismikImage via Dr Raihana Ismail (Facebook)
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: