5 Jenis Mainan Yang Patut Ada Di Rumah, Bukan Sekadar Hiburan Tapi Bantu Anak Jadi Bijak!

Mainan yang baik tak semestinya mahal. Yang penting, ia bantu anak belajar sambil bermain!

Enlarge text
Cover ImageCover image via Motherhood & Pa&Ma
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Mainan untuk anak kecil bukan sekadar untuk berseronok, ia sebenarnya antara cara penting untuk bantu perkembangan emosi, sosial, fizikal dan juga minda mereka

Tetapi, mainan macam mana yang betul-betul bagus untuk anak? Jom tengok senarai di bawah!

1. Blok & mainan binaan

SAYS.com

Gambar sekadar hiasan.

Image via Pa&Ma

Mainan blok macam Lego atau blok kayu bukan sekadar menyeronokkan. Ia membantu anak belajar fikir secara logik, bina kreativiti dan faham konsep asas matematik sejak kecil.

Kajian pun tunjuk, kanak-kanak yang suka main blok masa kecil lebih mudah faham subjek algebra bila dah masuk sekolah menengah!

2. Susun gambar & mainan penyelesaian masalah

SAYS.com

Gambar sekadar hiasan.

Image via FMT

Puzzle atau jigsaw dapat membantu anak mengasah kemahiran menyelesaikan masalah, fokus dan ingatan.

Selain tu, ia juga melatih koordinasi tangan-mata serta bantu mereka kenal bentuk dan warna. Paling best, bila puzzle siap, anak akan rasa puas dan yakin dengan diri sendiri.

3. Playdough, slime & bola

SAYS.com

Gambar sekadar hiasan.

Image via theAsianparent Malaysia

Mainan yang menggunakan kedua-dua tangan seperti playdough, slime atau bola sebenarnya bagus untuk perkembangan motor halus anak.

Ia membantu mereka untuk belajar genggam, tekan, picit dan kawal pergerakan jari dengan lebih baik. Malah, ia memang seronok dan boleh main lama-lama!

4. Pretend play

SAYS.com

Gambar sekadar hiasan.

Image via Tara Treasures

Permainan olok-olok ini nampak macam biasa, tapi sebenarnya ia dapat membantu anak untuk lebih faham dunia sekeliling dan bina empati.

Bila anak 'berlakon' jadi guru, doktor atau chef, mereka belajar cara berkomunikasi, bergilir, berkongsi dan selesaikan konflik dengan cara yang positif. Mainan yang sesuai termasuk anak patung, set dapur mini, pakaian karakter dan mainan alat kerja.

5. Kit seni & kraf

SAYS.com

Gambar sekadar hiasan.

Image via Motherhood

Sekali-sekala, bagi anak ruang untuk berkreatif! Sediakan kertas, krayon, warna air dan gunting keselamatan. Aktiviti macam ini boleh membantu anak ekspres emosi dan latih imaginasi. Kalau risau dinding jadi mangsa, ibu ayah boleh tampal kertas besar di dinding biar mereka 'lukis mural' sendiri.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

SAYS.com
Image via SAYS SeismikImage via
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: