3 Minuman Simple Yang Ramai Amal Untuk Kempiskan Perut Buncit

Haa siapa yang perut buncit tu bolehlah cuba buat!

Enlarge text
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Selain jaga makan dan bersenam, ramai yang cuba minuman semula jadi sebagai 'booster' untuk dapatkan perut lebih kempis

Trend minuman untuk mengempiskan perut memang tidak pernah surut, terutamanya selepas raya atau hujung tahun bila ramai sedar berat makin naik.

Walaupun tiada minuman ajaib yang boleh terus buang lemak, ada beberapa pilihan semula jadi yang boleh bantu melancarkan sistem pencernaan, mengurangkan kembung dan support proses detoks badan.

Jom tengok 3 minuman yang ramai buat untuk bantu mengurangkan perut buncit:

1. Air lemon suam campur cuka epal & madu

Minuman ini dapat membantu aktifkan sistem penghadaman di waktu pagi dan kurangkan rasa kembung.

SAYS.com

Gambar sekadar hiasan.

Image via Dr Zubaidi Hj Ahmad (Facebook)

Ramai percaya gabungan air lemon dengan cuka epal boleh bantu membakar lemak, walaupun sebenarnya ia lebih kepada membantu sistem pencernaan dan buang toksin. Cuka epal juga ada probiotik semula jadi yang bagus untuk perut.

Cara buat:

  • 1 gelas air suam
  • 1 sudu makan cuka epal (guna yang jenis mother)
  • 1 sudu makan madu asli
  • Perah separuh biji lemon

Anda digalakkan minum waktu pagi sebelum sarapan, tapi pastikan perut anda sesuai dengan cuka epal sebab bukan semua orang serasi. Kalau ada gastrik, elok kurangkan sukatan atau rujuk doktor dulu.

2. Teh hijau tanpa gula

Teh hijau dikenali sebagai minuman yang kaya dengan antioksidan dan bantu tingkatkan metabolisme.

SAYS.com

Gambar sekadar hiasan.

Image via Sinar Harian

Teh hijau mengandungi catechin, sejenis antioksidan yang dipercayai boleh membantu proses pembakaran lemak secara semula jadi. Selain itu, ia juga bantu membuang lebihan air dalam badan.

Cara buat:

  • 1 uncang teh hijau
  • Air panas (bukan air mendidih)
  • Rendam 2-3 minit, jangan lebih supaya tak terlalu pahit

Anda disarankan minum selepas makan, elakkan perut kosong bagi yang sensitif dengan kafein. Kalau tak suka panas, boleh juga buat versi teh hijau sejuk tanpa gula.

3. Air detox timun, lemon & daun pudina

Minuman ini bantu menyejukkan badan, mengurangkan perut rasa 'bloated' dan sedap diminum waktu cuaca panas.

SAYS.com

Gambar sekadar hiasan.

Image via PNG Tree

Air detox ini memang popular sebab senang nak buat dan rasa menyegarkan. Timun membantu hidrasi, lemon ada vitamin C, dan daun pudina pula bantu tenangkan perut. Ia juga boleh bantu mengawal selera makan kerana buat kita rasa kenyang lebih lama.

Cara buat:

  • 1 jag air sejuk
  • 1/2 batang timun dihiris nipis
  • 1 biji lemon dihiris
  • Segenggam daun pudina

Anda perlu rendam semua bahan selama 3-4 jam dalam peti sejuk sebelum minum. Boleh refill air 1-2 kali untuk jimat.

Ingat, minuman-minuman ini bantu support proses diet & gaya hidup sihat je, bukan magik ya!

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

SAYS.com
Image via SAYS SeismikImage via
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: