11 Promo Makanan Sempena Hari Malaysia 2025 Yang Confirm Berbaloi
Raikan Hari Malaysia dengan makanan kegemaran korang!
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Jika bulan lepas penuh dengan pelbagai promosi sempena Merdeka, sekarang pula tiba masanya untuk tawaran istimewa Hari Malaysia
Banyak jenama dan restoran tengah tawarkan diskaun menarik, menu khas, dan promosi terhad sempena sambutan ini.
Inilah peluang nak manjakan diri dengan makanan sedap pada harga berpatutan, sambil raikan semangat kebersamaan Hari Malaysia.
Ini antara senarai promosi paling mesra poket yang boleh korang nikmati sempena Hari Malaysia 2025 ini
1. Taco Bell


Mulai 1 hingga 16 September, Taco Bell menawarkan setiap item à la carte pada harga hanya RM7.95 sahaja. Promosi ini boleh didapati di semua cawangan Taco Bell kecuali di KLIA.
2. Mr Bean Malaysia

Sementara itu, dari 12 hingga 17 September, Mr Bean pula menawarkan kombo menarik iaitu satu soya klasik dan satu pancake kaya pada harga hanya RM9.16.
3. Pizza Hut


Pizza Hut turut tawarkan promosi menarik sempena Hari Malaysia kali ini dengan dua pilihan deal istimewa.
Nikmati diskaun 40% untuk piza peribadi bermula daripada RM8.15, atau dapatkan diskaun 35% untuk piza besar dengan harga serendah RM30.54. Kedua-dua tawaran ini siap datang sekali dengan baucar bernilai RM68.
Promosi sah untuk penghantaran dan bawa pulang sehingga 18 September.
4. Empire Sushi

Belanja minimum RM21 dan dapatkan satu kotak berisi Inari, Tamago, Kanikama, Aburi Kanifum, dan Tempura Ebi dengan harga hanya RM6.80.
Tawaran ini sah sehingga 16 September 2025 di Empire Sushi.
5. J.CO Donuts & Coffee

J.CO Donuts & Coffee pula menawarkan dua donut Twin Tower percuma dengan setiap pembelian dua kopi Due atau Tre.
Promosi ini sah untuk walk-in sahaja di semua cawangan J.CO, pada 15 hingga 16 September 2025.
6. KFC

Pesan 6-pc Nuggets Combo atau Signature Box Classic dan nikmati satu set percuma. Promosi ini khas untuk penghantaran sahaja melalui aplikasi KFC.
Tawaran ini boleh ditebus di semua cawangan KFC di Malaysia kecuali Medini, Genting Highlands dan cawangan di lapangan terbang.
7. Burger King


Beli mana-mana set hidangan dan dapatkan naik taraf kopi PERCUMA, sah dari 12 hingga 16 September 2025.
Promosi ini hanya sah untuk pesanan drive-thru di cawangan terpilih.
8. DÔME Cafe

DÔME Cafe kini menghidangkan dua menu terhad: Chicken Rendang Burger dan Masak Lemak Seafood Pasta.
Tersedia di semua cawangan dari 1 Ogos hingga 21 September 2025.
9. The Manhattan FISH MARKET

The Manhattan FISH MARKET pula tampil dengan menu istimewa Hari Malaysia sehingga 30 September 2025.
Antara pilihan hidangan yang ditawarkan:
- Nasi Lemak Fish 'N Chips Dory — RM26.90 | Harga Ahli: RM24.90
- Curry Fish 'N Chips Dory — RM26.90
- Laksa Gemilang — RM19.90
- Mala-Mala Seafood — RM29.90 | Harga Ahli: RM26.90
- Baked Seafood Curry — RM29.90 | Harga Ahli: RM26.90
- Jagung Cendol — RM11.90
Semua hidangan ini boleh didapati di cawangan The Manhattan FISH MARKET seluruh negara, untuk dine-in sahaja.
10. Genki Sushi

Genki Sushi menawarkan promosi Beli 1 Percuma 1 untuk menu rangup mereka, Salmon Kama Karaage.
Promosi ini berlangsung dari 16 Ogos hingga 30 September 2025 dan boleh didapati di semua cawangan seluruh negara:
- Sunway Pyramid – Lot LG1.109
- Suria KLCC – Lot 255, Aras 2
- Lot 10 – Lot F2-F5, Aras 1
- Sunway Velocity Mall – Lot 2-03, Aras 2
- The Gardens Mall – Lot LG-232A
- AEON Tebrau City – Lot G132, Aras Bawah
11. Me'nate Steak Hub

Nikmati Merdeka Tomahawk Feast bermula dari RM399, dan dapatkan percuma:
- 1x BBQ Beef Nachos
- 1x Funghi Pastella
- 1x Pizzadilas
- 1x Jag besar Jus Oren Segar
Promosi ini sah untuk dine-in sahaja sehingga 16 September 2025. Tempahan boleh dibuat di sini.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via 