103 Jenis Sukan Ini Layak Untuk Pelepasan Cukai 2025, Semak Sebelum Isi e-Filing

Pastikan aktiviti anda tersenarai sebelum buat tuntutan.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Gambar janaan AI & Immuinsasby
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Musim e-Filing kembali lagi, dan seperti biasa ramai yang mula mencari resit lama sebelum tekan butang 'submit'

Untuk Tahun Taksiran 2025 (e-Filing 2025), pembayar cukai di Malaysia boleh menikmati pelepasan cukai gaya hidup termasuk untuk aktiviti sukan satu inisiatif yang menggalakkan rakyat kekal aktif sambil berjimat cukai.

Melalui pelepasan ini, anda boleh menuntut sehingga RM1,000 bagi pembelian peralatan sukan, fi sewaan atau kemasukan fasiliti, serta yuran penyertaan pertandingan tertakluk kepada jenis sukan yang diiktiraf di bawah Akta Pembangunan Sukan 1997.

Namun, tidak semua aktiviti atau peralatan layak. Jadi sebelum isi e-Filing, ini yang anda perlu tahu.

Pelepasan sukan ini adalah sebahagian daripada kategori pelepasan gaya hidup yang turut merangkumi buku, komputer, telefon pintar dan langganan internet. Jumlah maksimum pelepasan gaya hidup ialah RM2,500, dan had khas untuk aktiviti sukan ialah RM1,000.

Jenis sukan yang layak adalah berdasarkan Jadual Pertama Akta 576 dan dikawal selia oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia.

SAYS.com

Gambar sekadar hiasan.

Image via Alfa Gift

Antara sukan yang layak dituntut

Berikut sukan yang layak dituntut:

  • Akuatik
  • American football
  • Angkat berat
  • Badminton
  • Baling damak
  • Basque pelota
  • Belayar
  • Berbasikal
  • Berkanu
  • Berski
  • Besbol
  • Biatlon
  • Biliard
  • Bina badan
  • Boccia
  • Bola baling
  • Bola jaring
  • Bola keranjang
  • Bola sepak
  • Bola tampar
  • Boling
  • Boling padang
  • Boules
  • Cakera terbang
  • Capoeira
  • Catur
  • Dam
  • Daun terup
  • Dodgeball
  • Fistball
  • Cakera terbang (Flying Disc Sports)
  • Ice Stock Sport
  • Gasing
  • Gimnastik
  • Goalball
  • Golf
  • Gusti
  • Gusti lengan
  • Hapkido
  • Hoki
  • Ice stock sport
  • Judo
  • Jujitsu
  • Kabadi
  • Karate
  • Kecergasan
  • Kempo
  • Kendo
  • Korfball
  • Kriket
  • Kurling
  • Lacrosse
  • Larian menara
  • Lawan pedang
  • Lompat tali
  • Luncur
  • Meluncur
  • Memanah
  • Mendaki
  • Mendayung
  • Menembak
  • Olahraga
  • Orienteering
  • Paintball
  • Pasukan sorak
  • Pentatlon moden
  • Perahu naga
  • Pickleball
  • Pingpong
  • Polo
  • Ragbi
  • Rekreasi
  • Roundnet
  • Sambo
  • Sepak takraw
  • Silambam
  • Skuasy
  • Sofbol
  • Stacking sports
  • Sukan bermotor
  • Sukan bot laju
  • Sukan dalam air
  • Sukan ekuestrian
  • Sukan elektronik
  • Sukan gelongsor
  • Sukan memancing
  • Sukan tarian
  • Sukan tradisional
  • Sukan udara
  • Sukan yoga
  • Tae kwan do
  • Tarian naga dan singa
  • Tarik tali
  • Tchoukball
  • Tenis
  • Teqball
  • Throwball
  • Tinju
  • Torball
  • Triathlon
  • Vovinam
  • Woodball
  • Wushu

Secara keseluruhan, terdapat 103 jenis sukan yang layak di bawah akta tersebut.

SAYS.com

Gambar sekadar hiasan.

Image via Utusan Malaysia

Tapi, bukan semua barang sukan automatik layak dituntut

Anda boleh menuntut:

  • Pembelian peralatan sukan
  • Fi keahlian gimnasium atau sewaan fasiliti sukan
  • Yuran penyertaan pertandingan

Namun, berikut tidak layak dituntut:

  • Pakaian sukan dan kasut
  • Peralatan sukan bermotor
  • Peralatan gimnasium untuk kegunaan rumah seperti treadmill

Ramai yang terlepas pandang perkara ini dan akhirnya tuntutan ditolak.


Syarat penting untuk tuntutan

  • Simpan semua resit fizikal atau e-resit dengan jelas
  • Dokumen perlu disimpan selama 7 tahun untuk tujuan audit
  • Pastikan resit mempunyai maklumat lengkap pembelian

Tanpa dokumen sokongan, tuntutan anda boleh dibatalkan.


Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: