10 Kuih Raya Paling Evergreen – “Dari Dulu Sampai Sekarang Confirm Ada Atas Meja”

Datanglah banyak mana pun kuih raya viral, yang lama juga tetap di hati. Betul tak?

Enlarge text
Cover ImageCover image via IKHLAS
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Setiap kali tibanya Hari Raya Aidilfitri, antara perkara paling dinanti selain rendang dan lemang tentulah balang kuih raya yang penuh di atas meja

SAYS.com

Gambar sekadar hiasan.

Image via IKHLAS

Walaupun setiap tahun muncul pelbagai kuih moden dan trending, hakikatnya ada beberapa kuih tradisional yang tetap menjadi pilihan ramai.

Kuih-kuih ini bukan sahaja sedap, malah penuh dengan kenangan zaman kecil, terutama saat membantu ibu atau nenek di dapur.

Ini antara 10 kuih raya evergreen yang hampir pasti ada di setiap rumah setiap kali Syawal menjelang.

1. Kuih Batang Buruk

Nama kuih ini mungkin kedengaran sedikit pelik, namun rasanya memang sukar untuk ditolak. Kuih batang buruk dipercayai mendapat nama kerana rupanya yang menyerupai batang kayu yang disaluti serbuk kacang hijau, membuatkannya kelihatan seperti kayu buruk.

Walaupun rupa mungkin sederhana, rasanya yang manis dan lemak membuatkan ia sentiasa menjadi kegemaran ramai. Kuih ini juga mudah didapati sepanjang tahun di banyak kedai kuih tradisional di Malaysia.

2. Kuih Semperit

Kuih semperit antara biskut raya paling klasik yang sukar diganti. Teksturnya rangup di luar tetapi gebu dan lembut di dalam mulut menjadikannya kegemaran semua peringkat umur. Biasanya, bahagian atas kuih ini dihiasi dengan rainbow rice atau sebiji ceri merah sebagai pelengkap.

Menariknya, kuih ini juga hadir dalam pelbagai bentuk seperti semperit dahlia, semperit klasik panjang, semperit petak dan banyak lagi.

3. Biskut Suji

Biskut suji atau turut dikenali sebagai biskut Arab merupakan antara kuih raya yang sangat mudah dibuat. Biasanya ia hanya menggunakan beberapa bahan asas seperti tepung gandum, gula halus dan minyak sapi.

Walaupun ringkas, rasanya sangat sedap dengan tekstur lembut yang mudah cair di dalam mulut. Tidak hairanlah biskut ini sering menjadi antara kuih paling cepat habis apabila dihidangkan kepada tetamu.

4. Biskut Sampan

Biskut sampan sudah popular sejak sekitar tahun 1970-an lagi. Seperti namanya, biskut ini mempunyai bentuk yang menyerupai sebuah sampan kecil.

Bahagian tengahnya pula biasanya diisi dengan pelbagai inti seperti kelapa kering, badam, nestum atau dihiasi dengan buah ceri merah dan hijau. Bentuknya yang unik menjadikan biskut ini antara kuih raya yang paling mudah dikenali.

5. Kuih Ros

Kuih ros turut dikenali dengan beberapa nama lain seperti kuih loyang, kuih goyang dan kuih sarang lebah. Ia dinamakan kuih ros kerana bentuknya yang menyerupai bunga ros yang cantik. Untuk menghasilkan kuih ini, adunan akan digoreng menggunakan acuan khas bagi mendapatkan bentuk tersebut.

Kuih ros terkenal dengan teksturnya yang rangup serta rasa lemak manis. Menariknya, kuih ini juga sering dibuat oleh kaum lain semasa perayaan seperti Deepavali dan Tahun Baru Cina.

6. Biskut Mazola

Biskut mazola terkenal dengan rasa kacang yang sangat kuat dan tekstur yang sedikit rangup tetapi lembut. Ia diperbuat daripada kacang tanah yang dikisar dan dicampur bersama bahan lain untuk menghasilkan rasa lemak, masin dan manis yang seimbang.

Walaupun kelihatan sederhana, biskut ini sentiasa menjadi kegemaran ramai dan jarang dibiarkan lama di dalam balang.

7. Tart Nenas

Kuih ini mungkin antara yang paling nostalgia bagi ramai orang. Ketika kecil, ramai yang pernah membantu ibu atau nenek menggulung tart nenas di dapur menjelang Hari Raya.

Gabungan biskut yang lembut dengan jem nenas yang manis membuatkan kuih ini terasa cair di dalam mulut. Kini, tart nenas juga hadir dengan pelbagai versi moden termasuk bentuk seperti buah nenas sebenar yang kelihatan lebih comel.

8. Kuih Bangkit

Kuih bangkit merupakan antara kuih raya tradisional yang sangat terkenal di Malaysia dan tidak pernah lapuk ditelan zaman. Kuih ini dikenali dengan teksturnya yang sangat lembut sehingga hampir 'cair' atau meleleh di dalam mulut apabila dimakan.

Bahan utamanya ialah tepung tapioka yang disangrai bersama santan, memberikan rasa lemak yang cukup sedap. Menariknya, kuih bangkit sering dicetak menggunakan acuan tradisional dengan pelbagai bentuk cantik seperti bunga, daun dan corak klasik lain. Selain rasanya yang lazat, bentuknya yang unik juga menjadikan kuih ini antara hiasan cantik di dalam balang kuih raya.

9. Biskut Makmur

Biskut makmur pula sering dikaitkan dengan simbol kemewahan dalam hidangan kuih raya tradisional. Kuih ini biasanya dibuat menggunakan campuran mentega, tepung dan kacang tanah yang dikisar halus sebagai inti.

Selepas dibakar, biskut makmur akan disaluti dengan gula icing yang memberikan rasa manis lembut pada setiap gigitan. Teksturnya yang lembut serta rasa kacang yang kaya membuatkan biskut ini sering menjadi antara kuih paling cepat habis apabila tetamu datang beraya.

10. Kuih Siput

Kuih siput terkenal dengan bentuknya yang unik menyerupai cengkerang siput kecil, sekali gus menjadi asal usul kepada namanya. Kuih tradisional ini biasanya dibuat daripada adunan tepung yang dicetak menggunakan acuan khas sebelum digoreng sehingga garing.

Menariknya, kuih siput juga mempunyai rasa yang sedikit berempah dan tidak terlalu manis seperti kebanyakan kuih raya lain. Sebab itulah ia sering menjadi pilihan bagi mereka yang gemarkan snek yang lebih savory.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

SAYS.com
Image via SAYS SeismikImage via
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: