1 Juta Rupiah Kini RM230, Ramai Rakyat Malaysia Plan Nak Bercuti Di Indonesia

Jom travel ke Indonesia!

Enlarge text
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Perubahan kadar tukaran mata wang antara Malaysia dan Indonesia kini menjadi perhatian ramai susulan pengukuhan nilai ringgit berbanding rupiah sejak kebelakangan ini

Berdasarkan tinjauan di beberapa laman sesawang serta aplikasi kadar tukaran mata wang pada Sabtu, kira-kira satu juta rupiah kini bersamaan sekitar RM230.

Perbandingan turut menunjukkan peningkatan nilai ringgit apabila pada penghujung Mac lalu, kadar tukaran berada pada sekitar RM1 bersamaan 4,201.68 rupiah, manakala kadar terkini mencatatkan sekitar 4,351.25 rupiah bagi setiap RM1.

Perkembangan itu mendorong ramai pengguna media sosial berkongsi pengalaman menukar ringgit kepada rupiah sebagai persediaan untuk melancong ke Indonesia.

SAYS.com

Gambar sekadar hiasan.

Image via Harian Metro

Menurut laporan Sinar Harian, terdapat juga pengguna yang berseloroh bahawa hanya dengan membawa beberapa keping wang kertas RM100, mereka sudah mampu menikmati gaya hidup lebih selesa di negara berkenaan

Dalam pada itu, situasi semasa turut dilihat sebagai peluang terbaik untuk merancang percutian memandangkan kos penginapan, makanan dan barangan di Indonesia dilaporkan lebih murah berbanding di Malaysia.

Susulan itu, orang ramai dilihat mula membuat perancangan awal termasuk mengira bajet percutian serta meninjau harga tiket penerbangan dan penginapan.

Walau bagaimanapun, orang ramai dinasihatkan agar sentiasa peka terhadap perubahan kadar tukaran mata wang yang boleh berubah dari semasa ke semasa serta merancang perbelanjaan dengan lebih berhemah.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

SAYS.com
Image via SAYS SeismikImage via
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: