ZUS Coffee Umum Tutup Operasi, Tapi Untuk Satu Hari Sahaja
Buat terkejut je.
Cover image via ZUS Coffee (Facebook)Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
ZUS Coffee mengumumkan penutupan operasi cawangannya di seluruh negara untuk satu hari pada esok, Khamis 23 Oktober 2025
Menerusi kenyataan yang dikeluarkan francais tersebut di laman sosial, perkara ini dilakukan bersempena pembukaan cawangan mereka yang ke-1000.
Ia juga dilaksanakan bertujuan memberi penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam perjalanan francais berkenaan sehingga tahap ini.
"Setiap satu daripada 999 cawangan ZUS COFFEE wujud sebab anda, para Zuristas, pelanggan setia, team kami, dan semua rakan kongsi yang sama-sama membina perjalanan ini, secawan demi secawan.
"Jadi ya, kami akan tutup operasi! Tapi cuma untuk satu hari je (23 Oktober 2025). Semua ini untuk sambut pembukaan cawangan ke-1000, bersama orang-orang yang menjadikannya kenyataan," tulis kenyataan itu.

Jangan risau, masih ada cawangan yang dibuka esok!
Kalau anda tiba-tiba craving ZUS Coffee esok, anda masih lagi boleh ke cawangan-cawangan di bawah:
Ditutup selepas jam 6 petang:
- 1 Utama Shopping Centre
- Aurelius Hospital Negeri Sembilan
- Kompleks SOGO, Kuala Lumpur
- KPJ Ipoh Specialist Hospital
- Mid Valley Megamall
- Pavilion Bukit Jalil
- Plaza Shah Alam
- Sungei Wang Plaza
- Sunway Giza Mall
- Sunway Kluang Mall
- Sunway Pyramid
- Sunway Velocity Mall
- Suria KLCC
- The Exchange TRX
- The Mall Mid Valley Southkey
- ZUS, Coffee Meets Pastry – 1 Utama Shopping Centre
- Alamanda Shopping Centre
Beroperasi seperti biasa:
- Domestic Departure Gate A Terminal 1 KLIA
- Johor Premium Outlets (Food Court)
- Langkawi International Airport (Food Garden)
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



