ZUS Coffee Tawar Harga Serendah RM5 Buat Pelanggan Masuk KL & Putrajaya Awal Pagi

Tawaran itu bermula 9 April hingga 31 Disember 2026.

Enlarge text
Cover ImageCover image via ZUS Coffee & NSTP
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Individu yang bergerak ke Kuala Lumpur atau Putrajaya dari jam 7 hingga 8 pagi berpeluang mendapatkan ZUS Coffee serendah RM5

Menerusi laporan Harian Metro, perkara ini adalah sempena kerjasama antara Jabatan Wilayah Persekutuan (JWP) dengan ZUS Coffee yang melancarkan program Bangun, KL! Ke Arah KL Yang Lebih Sejahtera.

Tawaran minuman jenama tersebut yang diletakkkan pada harga istimewa telah bermula semalam, 9 April, hingga 31 Disember tahun ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh berkata inisiatif itu adalah bagi menggalakkan perubahan tingkah laku melalui insentif yang praktikal.

"Dianggarkan 1.2 juta kenderaan masuk ke Kuala Lumpur setiap pagi. Bagi mengurangkan kesesakan, kami mengalakkan orang ramai supaya merancang perjalanan mereka dengan keluar rumah lebih awal.

"Mereka yang memilih untuk keluar rumah lebih awal bukan sahaja dapat perjalanan lebih lancar, malah boleh menikmati minuman terpilih pada harga serendah RM5 antara jam 7 hingga 8 pagi melalui aplikasi ZUS.

"Dengan tawaran istimewa pengurangan harga minuman berkenaan sehingga 30 peratus itu, ia dapat menjadi satu bentuk penghargaan kepada mereka yang memulakan hari lebih awal," katanya.

SAYS.com
Image via NSTP/Nur Liyana Mohd NoorzallyImage via

Mengalu-alukan sektor lain menyertai kempen yang dilaksanakan

Hannah berkata, pihaknya juga menggalakkan sekiranya ada sektor atau perniagaan lain yang ingin menyertai program atau melaksanakan inisiatif sedemikian.

"Saya percaya inisiatif seumpama ini adalah langkah yang bernilai. Ia adalah selari dengan matlamat kita untuk memastikan rakyat yang bekerja di Kuala Lumpur berasa gembira dan dihargai bukan sahaja oleh kerajaan tetapi juga oleh sektor swasta.

"Justeru itu, kami mengalu-alukan perniagaan lain untuk turut serta dan bekerjasama dengan JWP dalam usaha membantu Kuala Lumpur 'berfungsi' dengan lebih baik,"
katanya.

Ketua Pegawai Operasi ZUS Coffee, Venon Tian berkata pihaknya mahu memberi sokongan kepada kerajaan dalam usaha menjadikan Kuala Lumpur sebagai bandar raya yang sejahtera.

"Di ZUS Coffee, kami tidak pernah menjalankan operasi seperti ini. Bagi kami, ini adalah waktu yang sesuai untuk menerokai inisiatif ini.

"Pada masa sama, inisiatif ini boleh diperluaskan sebagai salah satu langkah mendukung hasrat kerajaan termasuk mengurangkan kesesakan lalu lintas di Kuala Lumpur pada waktu puncak," katanya.

Empat jenis minuman ditawarkan dalam program itu kepada individu yang masuk ke Kuala Lumpur atau Putrajaya lebih awal di lebih 250 cawangan ZUS Coffee di kawasan terbabit dalam usaha mengatasi kesesakan lalu lintas.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik