Zoo Negara Tawar Tiket Masuk PERCUMA Khas Untuk Kanak-Kanak Pada 22 & 23 November Ini

Tawaran tiket masuk PERCUMA itu bersempena sambutan Hari Kanak-Kanak Sedunia tidak lama lagi.

Enlarge text
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Zoo Negara Malaysia mengumumkan berita baik khas buat semua kanak-kanak di negara ini!

Sempena sambutan Hari Kanak-Kanak Sedunia tidak lama lagi, Zoo Negara menawarkan kemasukan tiket PERCUMA kepada kanak-kanak yang layak.

SAYS.com
Image via Zoo Negara Malaysia (Facebook)

Inisiatif istimewa ini diadakan sebagai tanda penghargaan dan untuk meraikan sumbangan serta masa depan kanak-kanak Malaysia, di samping memberi peluang kepada mereka untuk mendekati dan belajar tentang hidupan liar.

Untuk itu, Zoo Negara menawarkan tiket masuk PERCUMA kepada semua kanak-kanak berumur 3 hingga 12 tahun pada 22 dan 23 November ini!

SAYS.com
Image via Zoo Negara Malaysia (Facebook)

Ibu bapa dan penjaga diingatkan untuk mengambil perhatian terhadap terma dan syarat penebusan tiket PERCUMA ini:

  • Warganegara Malaysia sahaja: Tawaran ini hanya sah untuk warganegara Malaysia.
  • Pengunjung Walk-In: Penebusan tiket PERCUMA adalah terhad kepada pengunjung yang datang secara terus (walk-in) ke kaunter tiket Zoo Negara.
  • Pengesahan MyKid: Sila bawa MyKid asal kanak-kanak untuk tujuan pengesahan di kaunter tiket.
  • Penebusan segera: Tiket PERCUMA yang ditebus mestilah digunakan pada hari yang sama.
  • Tidak sah untuk lawatan sekolah: Promosi ini tidak terpakai bagi sebarang lawatan yang dianjurkan oleh pihak sekolah.
SAYS.com
Image via Zoo Negara Malaysia (Facebook)

Jangan lepaskan peluang keemasan ini untuk membawa anak-anak anda berseronok dan mencipta memori indah bersama haiwan-haiwan di Zoo Negara!

Nantikan maklumat terkini mengenai sambutan dan aktiviti Hari Kanak-Kanak Sedunia di laman media sosial rasmi Zoo Negara.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: