Zoo Negara Beri Penjelasan Susulan Persoalan NGO & Orang Awam Tentang Penjualan Tanah Miliknya

Zoo Negara kini menerima kira-kira 1 juta pengunjung setiap tahun dan menggaji lebih 100 pakar zoologi.

Enlarge text
Cover ImageCover image via NST
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Zoo Negara 'diserang' dengan persoalan daripada penduduk berhampiran dan aktivis alam sekitar selepas berita tersebar organisasi itu menjual sebidang tanah yang dimiliki sejak 1963

Menerusi laporan New Straits Times, penduduk-penduduk Taman Melawati mendakwa Rancangan Tempatan Majlis Perbandaran Ampang Jaya yang diwartakan baru-baru ini menunjukkan tanah itu telah diklasifikasikan semula untuk kegunaan komersial.

Beberapa kumpulan NGO kemudiannya menggesa kerajaan Selangor menjelaskan bagaimana penjualan itu dibenarkan, memberi amaran bahawa pembangunan boleh membahayakan hutan simpan berhampiran, kawasan hijau, dan meningkatkan risiko tanah runtuh dan banjir.

Gabungan NGO berkenaan bercadang untuk mengadakan taklimat media untuk berkongsi kronologi peristiwa dan menggariskan apa yang mereka percaya, kesan negatif yang boleh menjejaskan kawasan sekitar.

SAYS.com

Peta gambaran keseluruhan Zoo Negara dan kawasan sekitarnya.

Image via NST

Zoo Negara menjelaskan bahawa keputusan untuk menjual tanah itu dibuat sekitar 2020, apabila mereka bergelut dengan masalah kewangan dan memberi makan kepada haiwan

"Apabila wabak COVID-19 melanda, majlis memutuskan untuk menjual (kawasan itu) untuk mengumpul wang memberi makan haiwan, membayar gaji, dan untuk penyelenggaraan," kata timbalan presiden Zoo Negara, Datuk Rosly Lana mengakui pihak zoo terdesak ketika itu.

"Kami hanya ada simpanan RM1 juta, tetapi perbelanjaan kami antara RM1.3 juta hingga RM1.5 juta sebulan. Jadi, kami fikir, apa yang boleh kami lakukan ialah menjual tanah yang tidak digunakan itu.

"Tanah itu tidak sesuai untuk digunakan (untuk zoo). Berbukit bukau terutama di sekitar kawasan ini, orang ramai tidak berminat untuk membelinya kerana risiko tanah runtuh.

"Malah kelulusan untuk pembangunan akan menjadi sukar. Jadi, kami menjualnya untuk memastikan zoo terus beroperasi," katanya sambil menambah bahawa sumbangan juga mula masuk pada masa yang sama, membantu zoo menampung kosnya.

SAYS.com
Image via NST

Keuntungan daripada penjualan terbabit diletakkan dalam simpanan tetap dan kini digunakan untuk menampung keperluan operasi harian, jelas Rosly

"Memang cukup-cukup. Untuk naik taraf, kami bergantung kepada sumbangan orang ramai, khususnya melalui program animal adoption," katanya.

Menurut Rosly, walaupun penjualan tanah itu menimbulkan kebimbangan, ia adalah keputusan yang sukar tetapi perlu dibuat dalam keadaan luar biasa, mampu membantu Zoo Negara bertahan semasa pandemik.

"Zoo Negara kini menerima kira-kira 1 juta pengunjung setiap tahun dan menggaji lebih 100 pakar zoologi," tambahnya.

SAYS.com

Timbalan Presiden Zoo Negara, Datuk Rosly Lana.

Image via NST

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: