Zizi Kirana, Ardell Aryana Sanggup Tinggalkan Tawaran & Kerjaya Seni Demi Berlayar Ke Gaza
Semoga selamat sampai ke Gaza semuanya!
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Dua selebriti tanah air yang sememangnya terkenal dengan solidariti terhadap Palestin sanggup tinggalkan tawaran kerja demi misi berlayar ke Gaza
Itulah yang dikongsikan Musa Nuwayri menerusi sebuah hantarannya di Facebook mendedahkan tindakan penyanyi, Zizi Kirana dan pelakon, Ardell Aryana.
"Dua orang artis yang terawal mesej saya secara peribadi menyatakan kesediaan untuk berlayar ke Gaza.
"Jika kami tinggalkan keluarga, mereka dengan rela meninggalkan kerjaya dan populariti yang sedang dikecapi.
"Hebat dan sangat hebat suami mereka yang membenarkan isteri keluar berjuang. Mereka berkorban itu dan ini, tidak lain tidak bukan, demi saudara kita di Gaza!" tulisnya.


Zizi bertindak membatalkan konsert manakala Ardell batalkan jemputan bual bicara dan tawaran berlakon
Menurutnya, dua selebriti tempatan itu sanggup meninggalkan dan membatalkan kerja mereka yang disifatkan agak besar pulangannya.
"Zizi, setahu saya, membatalkan sebuah konsert besar di Sibu, Sarawak yang sepatutnya berlangsung pada malam merdeka nanti. Bayarannya sudah tentu lumayan.
"Ardell sanggup batalkan satu jemputan talk di Terengganu serta sebuah tawaran lakonan yang sudah sekian lama beliau nantikan.
"Malah dengan rela memulangkan kembali deposit yang telah diterima, semata-mata untuk memberi sepenuh jiwa dan raga untuk bersama dalam misi ini," jelasnya.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via 