Bantu Adik Zetty Kumpul RM1,500 Sebulan Untuk Sembuhkan Penyakit Lumpuhnya

Nur Zetty Shazlily baru sahaja berusia 8 tahun tetapi telah menghidap penyakit lumpuh yang jarang sekali ditemui sejak 5 tahun lalu.

Enlarge text
Cover ImageCover image via bharian.com.my
Logo

Semalam, seorang pengguna Facebook, Muhammad Ezani memuat naik satu status menyayat hati tentang pengorbanan seorang bapa yang menjual kek muffin demi membiayai kos rawatan anaknya yang lumpuh seluruh badan

Lebih menyedihkan, kek muffin itu tidak mempunyai harga. Ia dijual bergantung kepada keikhlasan orang ramai sama ada ingin membelinya dengan harga yang tinggi ataupun rendah. Semuanya terletak pada tangan si pembeli.

Beberapa keping gambar turut dimuat naik bagi menunjukkan keadaan si bapa ini atau nama penuhnya Muhammad Zakri Saimon. Anaknya, Nur Zetty Shazlily (8) telah menghidap penyakit lumpuh ini sejak 5 tahun lalu.

Sambil menjual kek muffin, Zakri memaparkan keratan akhbar [Berita Harian](http://www.bharian.com.my/node/44375) mengenai kisah derita yang ditanggung anaknya itu.

Dalam sekelip mata, status ini mendapat perhatian orang ramai dan telah menjadi viral. Semasa artikel ini ditulis, ia telah mengumpul sebanyak hampir 9,000 shares dalam masa kurang 24 jam selepas dimuat naik.

Difahamkan, anaknya, Zetty menghidap penyakit yang jarang sekali ditemui dan merupakan yang pertama di Malaysia iaitu sindrom Dravet, yang melumpuhkan pergerakan dan sarafnya sejak berusia tiga tahun lebih

Pasangan suami isteri, Muhammad Zakri Simon, (kanan) dan Zahrah Mohd Jamian bersama anak mereka, Nur Zetty Shazlily yang lumpuh seluruh badan.

Image via bharian.com.my

Lebih menyedihkan, dia hanya terbaring kaku kerana lemah di bahagian leher sehingga ke pinggang dan tidak mampu bercakap. Dia sudah 15 kali masuk unit rawatan rapi (ICU) neonatal, di Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk menjalani pelbagai rawatan lanjut.

Isteri Zakri, Zahrah Mohd Jamian.

Image via bharian.com.my

"Saya ingin lihat 'kenakalan' Nur Zetty semula. Saya terlalu rindu mahu melihat Nur Zetty memunggah baju sudah dilipat. Rindu sangat untuk melihat anak saya menyepahkan rumah," luah Zahrah.

Nur Zetty merupakan seorang bayi yang sihat sebelum menghidap penyakit lumpuh seluruh badan.

Image via bharian.com.my

"Apabila mahu berputus asa, saya kuat semula memikirkan Nur Zetty lahir normal dan pernah berjalan sebelum lumpuh. Setiap hari, saya beritahu Nur Zetty dia perlu kuat semangat. Selagi bernyawa, saya akan kekal di sisinya," katanya lagi.

Zahrah menyuapkan makanan ke dalam mulut Zatty.

Image via bharian.com.my

Demi anak, Zahrah dan suami tekad mengubati anaknya menerusi kaedah moden dan tradisional. Kini, Nur Zetty sedang dalam rawatan terapi ais, di Shah Alam. Zetty dikatakan masih ada harapan untuk sembuh sepenuhnya.

Zakri Saimon bersama anaknya.

Image via bharian.com.my

Justeru, bagi menampung kos suami yang bekerja sebagai pengawal peribadi, Zahrah membuat mufin dan dijual suaminya di hadapan Maybank di Seksyen 14, Petaling Jaya

Zakri dan Zahrah tabah menghadapi dugaan dan tidak pernah berputus asa dalam memberikan yang terbaik untuk Zetty.

Image via bharian.com.my

Hulurkan tangan, ringankan beban. Ayuh sama-sama kita bantu pasangan suami isteri ini dalam membiayai kos rawatan anak mereka, Zetty. Sumbangan kewangan boleh disalurkan melalui nombor akaun yang tertera di bawah:

Semoga tabah menghadapi dugaan Zakri dan Zahrah. Kami pasti orang ramai akan membantu anda. Doa kami semoga Zetty sembuh sepenuhnya dan dapat menjalani kehidupan yang normal pada masa akan datang.

Dalam artikel lain, ketahui lebih lanjut tentang penyakit Aneurisme DI SINI:

Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: