YouTuber Sebak Terjumpa Lelaki Mirip Arwah Ayah Di Mekah – “Allah Tahu Saya Rindu, Syukur”

MashaAllah, rezeki dia dapat juga lepas rindu kan.

Enlarge text
Cover ImageCover image via AI Kekanda (YouTube)
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Pempengaruh dan YouTuber, Kekanda AI Team tidak dapat menahan sebak apabila dia terjumpa seorang lelaki mirip seperti arwah ayahnya baru-baru ini di tanah suci Mekah

Menerusi video yang dikongsi oleh Kekanda di YouTube channelnya, dia tidak menyangka pak cik itu akan duduk di sebelahnya ketika sedang menunaikan umrah.

"Allah tahu hamba-Nya sedang rindukan seseorang. Tiba-tiba ada seseorang duduk sebelah Kanda. Allah tahu segalanya. Apa yang kita inginkan, apa yang kita rindu. Walaupun sekali imbas pun dah sama, syukur Ya Allah. Al Fatihah ayah," katanya.

Kanda sempat berbual beberapa minit dengan pak cik itu dan mengambil gambar bersama sebagai kenangan untuk melepas rindu.

Apa yang membuatkan ramai sebak adalah senyuman pak cik itu memang seakan sama dengan arwah ayah Kanda yang meninggal dunia pada Ogos tahun lalu.

Lihat video penuh di bawah:

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: