Yayasan Pahang Cipta Sejarah Rangkul Anugerah Kategori Anti-Rasuah Di UNGC FFSA 2026

Anugerah itu mencerminkan kesungguhan Yayasan Pahang dalam melaksanakan Sistem Pengurusan Anti-Rasuah ISO 37001.

Enlarge text
Cover Image
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Yayasan Pahang (YP) memulakan lembaran tahun 2026 dengan pencapaian yang amat membanggakan apabila dinobatkan sebagai pemenang kategori Anti-Rasuah di anugerah berprestij UNGC Forward Faster Sustainability Awards (FFSA) 2026

Anugerah di bawah naungan United Nations Global Compact ini merupakan satu pengiktirafan antarabangsa terhadap komitmen jitu Yayasan Pahang dalam membudayakan integriti dan kecemerlangan tadbir urus.

Yayasan Pahang berjaya meraih kemenangan menerusi kertas kerja bertajuk "Building a Culture of Integrity: How Yayasan Pahang Strengthened Governance Through ISO 37001". Kemenangan ini menyaksikan Yayasan Pahang menewaskan pesaing lain yang turut disenarai pendek bagi kategori yang sama di peringkat akhir.

Majlis penyampaian anugerah tersebut telah disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Bursa Malaysia, Dato' Fad'l Mohamed dan Pengarah Eksekutif UN Global Compact Network Malaysia & Brunei (UNGCMYB), Encik Faroze Nadar.

Majlis yang berlangsung di ibu negara ini turut dirasmikan oleh Premier Sarawak, YAB Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg.

SAYS.com
Image via Yayasan PahangImage via

Pengiktirafan tadbir urus berpiawaian antarabangsa

Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Pahang, Dato' Indera Mahmud Mohd Nawawi, menegaskan bahawa anugerah ini mencerminkan kesungguhan organisasi dalam melaksanakan Sistem Pengurusan Anti-Rasuah ISO 37001.

"Anugerah ini bukan sekadar satu pencapaian, malah merupakan pengiktirafan di peringkat antarabangsa yang dianugerahkan oleh United Nations Global Compact. Ia membuktikan komitmen berterusan Yayasan Pahang dalam memperkukuh nilai integriti, ketelusan, serta amalan tadbir urus korporat yang berlandaskan piawaian antarabangsa," katanya.

Beliau turut menyifatkan kejayaan ini sebagai penanda aras baharu bagi institusi yayasan milik kerajaan negeri di Malaysia dalam memartabatkan akauntabiliti tinggi selari dengan prinsip kelestarian global.

SAYS.com
Image via Yayasan Pahang

Kejayaan Yayasan Pahang ini meletakkan mereka sebaris dengan organisasi gergasi negara lain yang turut menerima pengiktirafan dalam kategori berbeza, antaranya Malayan Banking Berhad (Maybank) dan Telekom Malaysia Berhad.

Dato' Indera Mahmud berharap agar pengiktirafan ini menjadi pemangkin kepada seluruh warga kerja Yayasan Pahang untuk terus mengamalkan budaya kerja berintegriti dan amanah demi kesejahteraan rakyat serta kelestarian masa depan negeri Pahang.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: