Yayasan Nurjiwa Beri Insentif RM500 Kepada Pelajar Cemerlang SPM 2024 Yang Terpilih

Dengan kerjasama pusat tuisyen terkemuka PTTI, seramai 401 pelajar menerima insentif ini, dengan jumlah keseluruhan RM200,500.

Enlarge text
Cover ImageCover image via PTTI (Facebook)
Logo

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Buat pertama kalinya, Yayasan Nurjiwa memperkenalkan insentif RM500 kepada pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang memperoleh semua A sebagai penghargaan terhadap kecemerlangan akademik

Dengan kerjasama pusat tuisyen terkemuka PTTI, seramai 401 pelajar menerima insentif ini, dengan jumlah keseluruhan RM200,500.

Pengasas Yayasan Nurjiwa, Datuk Seri Siti Nurhaliza berkata, inisiatif ini bertujuan memberi motivasi kepada pelajar untuk terus mencapai kejayaan akademik.

Siti berharap usaha ini dapat memberi dorongan kepada calon SPM pada masa akan datang untuk bekerja lebih keras mendapatkan keputusan cemerlang.

"Ini adalah kali pertama buat Yayasan Nurjiwa untuk menyerahkan insentif kepada pelajar cemerlang dengan keputusan semua A.

"Harapan kami agar dengan usaha ini dapat memberikan motivasi kepada calon-calon SPM akan datang berusaha untuk mendapatkan kejayaan yang sama," katanya pada Majlis Anugerah Inspirasi PTTI 2025 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

Image via PTTI (Facebook)

Selain itu, Siti berkata, Yayasan Nurjiwa kini turut komited membantu golongan pelajar kurang berkemampuan dengan menyediakan makanan harian untuk hampir 100 pelajar, terutamanya dari golongan B40, serta anak-anak yatim.

Tambahnya Inisiatif ini yang telah berlangsung sejak beberapa tahun lalu diharapkan dapat membantu lebih ramai pelajar yang memerlukan.

"Setiap hari kami akan menyediakan makanan hampir kepada 100 pelajar yang kurang berkemampuan, terutamanya dari golongan B40.

"Bukan itu sahaja, selain pelajar Yayasan Nurjiwa turut menyediakan bantuan makanan ini kepada anak-anak yatim. Usaha ini sebenarnya sudah dibuat sejak beberapa tahun lalu dan diharap ia dapat membantu lebih ramai pelajar di luar sana," jelasnya.

Dalam pada itu, PTTI mencipta sejarah dalam dunia pendidikan apabila berjaya meraih dua pengiktirafan daripada Malaysia Book of Records (MBOR) bagi pencapaian luar biasa dalam keputusan SPM 2024

Dua anugerah yang diterima adalah 'Most Straight A's SPM Students in a Tuition' dan 'Most SPM Grade A's Obtained by a Tuition'.

Pengiktirafan ini diberikan selepas PTTI berjaya melahirkan seramai 401 pelajar 'Straight A's' dan mencatatkan 18,432 Gred A terkumpul bagi peperiksaan SPM 2024.

Kejayaan ini diraikan pada Majlis Anugerah Inspirasi PTTI 2025 yang berlangsung dengan penuh gilang-gemilang di PICC.

Majlis ini dihadiri lebih 2,000 tetamu, termasuk pelajar, ibu bapa serta selebriti dan tokoh terkenal tanah air.

Image via PTTI (Facebook)

Selain meraikan 401 pelajar 'Straight A's', majlis turut menghargai 356 pelajar 'Nearly All A's', dan 1,685 pelajar yang memperoleh 6A dan ke atas.

Ketua Pegawai Eksekutif PTTI, Siti Farhana Abu Osman berkata, kejayaan diraih adalah hasil kerja keras semua pihak.

"Kejayaan ini bukan sahaja milik PTTI, tetapi milik semua ibu bapa dan pelajar yang tidak pernah putus asa. Ini adalah bukti bahawa pendidikan berkualiti dan sistematik mampu mengubah masa depan seseorang pelajar," katanya.

Melihat kejayaan ini sebagai permulaan kepada lebih banyak pencapaian, PTTI kini menyasarkan untuk melahirkan 1,000 pelajar 'Straight A's' bagi SPM 2025.

Justeru, pelbagai inisiatif akan diteruskan, termasuk kelas dalam talian, konsultasi akademik serta pemantauan prestasi secara konsisten.

Sebagai sokongan kepada ibu bapa dan pelajar yang bakal menduduki SPM tahun ini, PTTI menawarkan sesi konsultasi percuma untuk membantu meningkatkan prestasi akademik anak-anak.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh sahaja layari laman web rasmi www.ptti.my!

Image via PTTI (Facebook)

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: