Yayasan Ar Riduwan Sumbang 30 Kerusi Roda Buat HTSMTI Kulai, Rancang Tambah Kemudahan Ambulans

YAR turut mengajak orang ramai dan entiti korporat sebagai sukarelawan berdaftar atau penyumbang tetap.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Yayasan Ar Riduwan
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Yayasan Ar Riduwan (YAR) terus memperkasakan inisiatif kebajikannya menerusi sumbangan 30 unit kerusi roda bernilai RM30,000 kepada Hospital Temenggong Seri Maharaja Tun Ibrahim (HTSMTI), Kulai.

Sumbangan ini bertujuan menampung keperluan mendesak serta menggantikan peralatan sedia ada yang telah rosak, sekali gus memastikan keselesaan pesakit di hospital awam berkenaan.

Ketua Pegawai Operasi YAR, Luqmanul Hakim Muhamad Riduwan, memaklumkan bahawa ini merupakan sumbangan fasa keempat yayasan tersebut kepada HTSMTI sejak Ogos tahun lalu. Secara keseluruhannya, YAR telah menyalurkan bantuan perabot dan peralatan hospital seperti katil, almari, dan loker berjumlah RM60,000.

"Kami sedang dalam perancangan untuk menyalurkan bantuan lain termasuk penyediaan sistem penghawa dingin serta urusan pembelian ambulans bagi kegunaan pihak hospital dalam masa terdekat,"
ujar beliau dalam satu kenyataan.

SAYS.com
Image via Yayasan Ar Riduwan

Seruan sukarelawan dan sumbangan awam

YAR, yang berdaftar di bawah Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU) Jabatan Perdana Menteri, mempunyai misi jelas untuk menyantuni pesakit asnaf dan hospital-hospital yang memerlukan. Selain HTSMTI, YAR sebelum ini telah menghulurkan bantuan kepada Hospital Muar serta mengagihkan 8,000 bungkusan bubur lambuk buat petugas barisan hadapan sepanjang Ramadan lalu.

Menurut Luqmanul Hakim, YAR komited untuk meluaskan gerak kerja mereka ke negeri-negeri lain di seluruh negara bagi membantu lebih ramai golongan yang memerlukan.

YAR turut mengajak orang ramai dan entiti korporat untuk bersama-sama memperkukuh Kluster Kebajikan Kesihatan mereka sebagai sukarelawan berdaftar atau penyumbang tetap.

Orang ramai yang ingin menyumbang boleh melakukan transaksi ke akaun Maybank: 551043833248 atas nama Yayasan Ar Riduwan (Rujukan: Kebajikan Kesihatan). Sebarang maklumat lanjut boleh didapati dengan menghubungi talian +6019-5299929.

SAYS.com
Image via Yayasan Ar RiduwanImage via

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik