Yassin Senario Kini Hafaz 20 Juzuk Al-Quran, Bakal Pulang Tanah Air Sebelum Aidilfitri
Difahamkan, semua anggota Senario mengunci mulut bagi menghormati perasaan keluarga Yassin.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Selepas agak lama menghilang dari industri hiburan, pelawak Yassin Yahya dijangka pulang ke tanah air sebelum Aidilfitri
Menerusi laporan Berita Harian, maklumat kepulangan Yassin disahkan oleh anggota Senario, Saiful Apek.
Apek seolah-olah mengesahkan spekulasi mengenai seorang pelawak popular ditahan di Jeddah, Arab Saudi atas kesalahan dadah yang kecoh diperkatakan, awal tahun ini.
Namun, tidak mengesahkan perkara itu, Apek meminta semua pihak bersabar dan menunggu penjelasan daripada mulut tuan badan sendiri.
Menurutnya, semua anggota Senario mengunci mulut bagi menghormati perasaan keluarga Yassin.
"Dari maklumat keluarga, difahamkan Yassin akan pulang sebelum Aidilfitri ini.
"Kami berdiam diri kerana menghormati keluarga. Alhamdulillah, kami lega dapat tahu dengan lebih jelas apa yang berlaku.
"Saya tak kisah orang nak cakap saya berat sebelah atau sengaja nak 'cover line', tapi apa yang boleh saya katakan, Yassin mungkin tidak pandai mana, tapi dia juga tak bodoh.
"Di Arab Saudi, jika terbabit dalam kes seperti ini (dadah), hukumannya hudud (bunuh), tiada pelepasan untuk dua atau tiga bulan," kata Apek.
Gembira melihat perkembangan positif Yassin di Jeddah
Tambah Apek, dia ada berhubung dengan Yassin menerusi aplikasi Zoom dan gembira melihat perubahan positif di Jeddah.
"Berat badan Yassin bukan sahaja bertambah dari 's' ke 'm', tetapi lebih membanggakan, sudah katam 20 juzuk al-Quran.
"Dia bukan ditahan di penjara, sebaliknya pusat pemulihan yang dilengkapi pelbagai kemudahan termasuk kedai runcit.
"Jadi, saya nak menyeru hentikan segala spekulasi, tunggu hingga tuan badan pulang. Biarlah Yassin sendiri menjelaskan apa yang berlaku. Dia bukan ditahan di penjara, sebaliknya pusat pemulihan.
"Saya lega melihat keadaannya baik di sana hingga boleh hafaz 20 juzuk al-Quran. Tiada perkara terjadi secara kebetulan dan saya gembira dengan perubahannya itu," katanya.
Sebelum ini, ketiadaan Yassin untuk melengkapkan anggota Senario sejak beberapa bulan lalu dilihat sedikit menghampakan para peminat.
Disebabkan itu, pelbagai spekulasi timbul mengenai Yassin, apatah lagi, isu pelawak popular ditahan di Jeddah atas kesalahan dadah sejak Oktober, tahun lalu masih belum terjawab.
Media sebelum ini melaporkan, seorang pelawak ditahan di Jeddah selepas disyaki terbabit memiliki dadah jenis ganja, namun tidak mendedahkan identitinya.
Difahamkan, pelawak itu dilapor sedang menjalani hukuman penjara selama enam bulan di negara itu. Hukuman berkenaan dijatuhkan ketika perbicaraannya, November tahun lalu.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik


Cover image via 