Yassin Pernah Tidur Berdiri Di Dalam Lokap Sewaktu Ditahan Di Jeddah Selama 10 Hari

"Keadaan di lokap agak menyedihkan" – Yassin.

Enlarge text
Logo

Pendedahan pelawak terkenal tanah air, Yassin mengenai dirinya yang ditahan di Jeddah Oktober tahun lalu telah mendapat perhatian ramai terutamanya peminat industri hiburan tanah air

Dalam satu podcast bersama rakan baiknya, Saiful Apek iaitu Darkcast, Episod Khas – Yassin Yahya, bersalah atau ??? yang disiarkan dalam YouTube Gitu Gitu Studio, dia telah menceritakan keadaan dirinya ketika ditahan di dalam lokap di sana.

Yassin yang juga anggota kumpulan Senario memberitahu ini adalah kali pertama mahu mengerjakan ibadah umrah, namun kurang ilmu berkaitan perjalanan ke Tanah Arab antara faktor penahanannya.

Tidur berdiri sebab lantai penuh

"Keadaan di lokap agak menyedihkan. Kali pertama saya tidur berdiri sebab lantai penuh. Saya akhirnya dapat juga tidur di depan pintu tandas. Nampak kaki orang langkah saya dalam masa lapan hari.

"Kemudian, saya dipindahkan ke Pusat Pentadbiran Dan Pengusiran Warga Negara Asing di Jeddah pada 5 November, tahun lalu," ceritanya.

Dapat panggilan pihak konsulat Malaysia di Jeddah pada hari pertama dipindahkan ke pusat berkenaan

"Pihak konsulat pun sukar nak tembus. Alhamdulillah, mereka akhirnya dapat bercakap dengan saya. Kali pertama saya dapat tinggalkan 'voice note' kepada isteri. Atas bantuan pihak konsulat juga, saya diberikan bercakap dengan isteri, namun talian terputus-putus.

"Saya melalui perbicaraan di mahkamah secara talian pada 19 November. Saya jelaskan kejadian berlaku, saya bukannya penyeludup, tetapi saya dijatuhkan hukuman selama enam bulan.

"Saya akur kesalahan. Saya beritahu isteri, ini kesalahan saya bawa barang ada lambang larangan, mungkin saya terlepas pandang. Apapun, saya anggap ini musibah dan perjalanan hidup saya. Mungkin musibah ini satu kebaikan untuk saya.

"Ini satu pengajaran, saya nak pesan kalau pergi negara orang, berhati-hatilah. Jangan bawa barang ada lambang larangan. Saya tidak mengikuti kursus umrah, jadi saya tidak tahu, tapi inilah akibatnya pergi tanpa ilmu," katanya.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: