Yasin Sulaiman Kini Bebas Hukuman Penjara Seumur Hidup Selepas Dijel Selama 3 Tahun

Walau bagaimanapun, mahkamah mengarahkan Yasin ditempatkan di Hospital Bahagia Ulu Kinta, Perak.

Enlarge text
Cover ImageCover image via FMT & BH Online
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Selepas dijel selama tiga tahun, penyanyi, Yasin Sulaiman dilaporkan terlepas hukuman penjara seumur hidup dan 16 sebatan oleh Mahkamah Rayuan hari ini

Menurut laporan Sinar Harian, panel tiga hakim yang dipengerusikan Datuk Che Mohd Ruzima Ghazali memutuskan demikian selepas menerima rayuan terakhir Yasin, 50, selaku perayu dengan mengetepikan hukuman Mahkamah Tinggi Shah Alam itu.

Namun begitu, Yasin atau nama sebenarnya Muhammad Yasin Sulaiman diarahkan mahkamah supaya ditempatkan di bawah jagaan di Hospital Bahagia Ulu Kinta, Perak mengikut tempoh perkenan sultan.

Image via Harian Metro

Sebagai rekod, pada 22 Ogos 2024, Yasin dihukum penjara seumur hidup dan 16 sebatan oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam selepas didapati bersalah atas tiga kes dadah

Selepas keputusan dibaca, penyanyi yang terkenal dengan lagu 'Mimpi Laila' itu sempat memberi flying kiss kepada ahli keluarga dan peguamnya, Datuk Hisyam Teh Poh Teik.

Riak wajah ahli keluarga termasuk anak perempuannya yang berusia 17 tahun tersenyum dan melakukan sujud syukur di galeri awam mahkamah.

Difahamkan, Hakim, Che Mohd Ruzima berkata, mahkamah mengembalikan hukuman Mahkamah Sesyen Petaling Jaya yang melepaskan dan membebaskannya.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: