XTRA XSTAR 2025 Kembali! Ini Peluang Anda Jadi Artis Rakaman Tanpa Perlu Hadir Audition Fizikal
Inilah masa untuk korang tunjukkan bakat terpendam tu!
Cover image via XTRA XSTAR 2025Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
XTRA kembali dengan pencarian bakat nyanyian digital paling hangat, XTRA XSTAR 2025, yang memberi peluang kepada mereka yang berbakat untuk menjadi artis rakaman profesional tanpa perlu hadir ke sesi uji bakat fizikal!
Tahun lalu, musim pertama XTRA XSTAR telah melahirkan Zahra, seorang busker berusia 19 tahun, sebagai juara sulung. Kini Zahra bukan lagi sekadar penyanyi jalanan, tetapi sudah bergelar artis rakaman di bawah Alternate Records & Talents.
Apa yang lebih menarik, Zahra baru sahaja melancarkan single debutnya berjudul Janjiku Padamu ciptaan Amsyar Sabri dan Emeer Bakri, yang kini boleh didengar di semua platform digital.

Pencarian bakat digital, semua boleh join!
Menurut Pengurus Kempen dan Ketua Pengarang XTRA, Muhammad Kamaruddin Mohd Razal, XTRA XSTAR 2025 mahu membuka peluang kepada semua warganegara Malaysia, tanpa mengira umur atau bangsa, untuk menonjolkan bakat mereka melalui platform digital seperti TikTok.
"Musim pertama XTRA XSTAR membuktikan bahawa bakat boleh lahir daripada ruang digital semata-mata. Zahra yang pada awalnya menjadi rezeki dengan busking menghantar video nyanyian untuk menyertai XTRA XSTAR tahun lalu.
"Bergelar juara, Zahra kini melangkah ke industri profesional dengan single debutnya, Janjiku Padamu. Melihat kejayaan itu, kami percaya musim kedua ini mampu melahirkan lebih ramai bintang baharu.
"Melalui XTRA XSTAR 2025, kami membuka peluang kepada semua individu yang mempunyai minat dan kebolehan untuk tampil menunjukkan kreativiti serta personaliti mereka. Platform digital seperti TikTok bukan sahaja memudahkan penyertaan, malah memberi ruang luas untuk peserta mengetengahkan gaya persembahan unik mereka," katanya.

Caranya mudah saja! Anda hanya perlu rakaman video nyanyian, kemudian muat naik ke media sosial untuk menarik perhatian pihak XTRA. Tak perlu hadir ke mana-mana lokasi, sesuai untuk sesiapa sahaja yang mungkin pemalu atau tinggal jauh dari bandar.
"Seramai 20 peserta bertuah akan dipilih oleh panel juri profesional untuk mara ke pusingan Top 20. Peserta kemudiannya akan melalui undian peminat di portal XTRA dan hanya lima terbaik akan dipilih untuk ke pentas akhir.
"Di peringkat akhir, lima peserta terbaik akan berentap secara langsung di Studio Balai Berita Bangsar, Media Prima Berhad, dengan persembahan turut disiarkan secara langsung di TikTok rasmi XTRA. Juara akan menerima kontrak rakaman dan pengurusan eksklusif bersama Alternate Records & Talents, selain liputan meluas di pelbagai platform Media Prima.
"Peserta akan dinilai berdasarkan kreativiti, kualiti vokal dan keunikan persembahan mereka oleh barisan juri yang terdiri daripada artis berbakat seperti Marsha Milan, Puteri Khareeza dan Bob Yusof," katanya lagi.
Cara menyertai XTRA XSTAR 2025:
- Rakam video nyanyian anda di TikTok.
- Pastikan akaun ditetapkan kepada umum.
- Gunakan hashtag #XTRAXSTAR2025 dan tag akaun rasmi @xtra_my.
Pastikan anda tidak berada di bawah kontrak mana-mana syarikat rakaman atau pengurusan.
Sebanyak 20 peserta akan dipilih ke pusingan seterusnya sebelum peminat menentukan Top 5 melalui undian.
Selain gelaran juara dan kontrak rakaman, pemenang XTRA XSTAR 2025 juga bakal menikmati liputan media meluas termasuk sesi wawancara eksklusif dan peluang muncul di rancangan hiburan popular.
Untuk maklumat lanjut mengenai XTRA XSTAR 2025, layari laman web rasmi di www.xtra.com.my/xtraxstar2025 atau ikuti XTRA di TikTok, Instagram, Facebook, X dan Threads menerusi @xtra_my.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



