WWF Beri Amaran Malaysia Berisiko Kehilangan Spesies Ikan Jerung & Pari
Difahamkan, selera domestik negara yang kukuh untuk daging pari mencerminkan risiko ekologi permintaan yang berterusan.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Malaysia mempunyai risiko bakal kehilangan beberapa spesies ikan jerung dan ikan pari dalam jangka sepanjang hayat sekiranya aktiviti eksploitasi berterusan berlaku
Menerusi laporan Berita Harian, Tabung Hidupan Liar Sedunia (WWF) Malaysia dalam sebuah kenyataan mendedahkan perkara itu susulan jual beli dalam talian mengenai ekploitasi habitat berkenaan didapati secara keseluruhan bernilai RM326 juta menerusi platform e-dagang utama.
Pegawai Komunikasi Kanan Marin WWF Malaysia, Serena Adam berkata populasi habitat jerung dan pari telah mengalami penurunan mendadak sejak 30 hingga 50 tahun yang lalu dengan risiko kepupusan semakin teruk dalam tempoh satu dekad yang lalu.
"Jika tekanan semasa berterusan terutamanya untuk spesis pantai dan air tawar yang terdedah, kita boleh kehilangan beberapa spesies lain sepanjang hayat kita.
"Malaysia kekal sebagai pemain global utama dalam komoditi jerung dan pari, selain berada di antara pengimport utama sirip jerung dari 2010 hingga 2018 dan pengimport keempat terbesar daging pari di seluruh dunia, terutamanya dari Indonesia," katanya.

Permintaan yang sentiasa ada di seluruh negara menjadikan pari semakin terancam
Serena berkata, selera domestik negara yang kukuh untuk daging pari ini mencerminkan risiko ekologi permintaan yang berterusan.
"Proses perdagangan yang membabitkan spesies terancam dan kritikal ini masih berlangsung kerana kebanyakannya masih belum dilindungi sepenuhnya di bawah undang-undang Malaysia.
"Pertubuhan WWF menyokong perlindungan yang diperluas melalui cadangan berasaskan sains ketika Malaysia menyediakan pindaan kepada Akta Perikanan," katanya.
Katanya, perlindungan undang-undang yang lebih kukuh dan pengurusan perikanan yang lebih ketat adalah penting untuk melindungi biodiversiti dan mata pencarian di maritim.

Kepupusan dua spesies tersebut akan bawa kepada keruntuhan ekosistem
Tambah Serena, WWF memberi amaran bahawa kepupusan jerung dan pari boleh mencetuskan keruntuhan ekosistem dan mengganggu jaringan makanan, merosakkan terumbu karang dan rumput laut serta boleh mengurangkan produktiviti perikanan pesisir pantai.
"Perdagangan yang tidak mampan hari ini boleh menjejaskan perikanan yang menjadi tumpuan masyarakat pada masa hadapan," katanya.
Pada masa ini, WWF-Malaysia komited dalam melakukan penyelidikan mengenai kesihatan populasi, mitigasi tangkapan sampingan dan pemetaan habitat kritikal.
Program komuniti seperti percubaan pelepasan hidup juvenil di Sabah dan pemantauan perdagangan dalam talian dengan Traffic juga dijalankan.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via 