Arkitek Ubah Suai Kilang Simen Jadi Rumah, Reka Bentuknya Pasti Buat Anda ‘Speechless’
Nak juga rumah macam ini!
Cover image via DesignboomTahukah anda rumah agam ini adalah sebuah kilang simen 45 tahun yang lalu?
Selepas 45 tahun, akhirnya struktur kilang ini telah berubah menjadi sebuah rumah agam yang begitu unik dan menakjubkan
Bangunan ini merupakan kilang simen pada suatu dahulu. Kilang ini merupakan hasil peninggalan dari zaman perang lagi, oleh itu proses membaik pulih bangunan ini sudah pasti akan mengambil masa yang lama. Kini, kilang simen ini telah diubah suai menjadi sebuah rumah agam.
**Rumah agam ini dibina oleh seorang arkitek terkemuka dari Barcelona, Spain iaitu Ricardo Bofill**. Beliau telah membeli kilang simen ini pada tahun 1973. Sejak dari itu, beliau sudah berhasrat untuk menjadikan kilang simen ini sebagai rumah idaman beliau. Hasil binaan beliau ini diberikan nama *La Fabrica*.
Selepas melihat kilang itu, Ricardo terus jatuh cinta akan strukturnya dan berhasrat untuk menjadikannya sebagai kediaman beliau
Image via The Sun
Image via Arch Daily
Apabila beliau ternampak bangunan ini pada tahun 1973, Ricardo sudah pun mempunyai bayangan di mindanya. Selepas bertahun-bertahun melakukan perubahan, beliau mendapat idea untuk mengekalkan konsep asal bangunan itu dengan membiarkan sahaja pokok liar menjalar di bahagian luar. Manakala, untuk konsep dalaman pula beliau telah berhasrat untuk membina ruangan kerja yang minimal dan moden.
Di bawah ini adalah gambar ruang dalaman 'La Fabrica'
Image via Arch Daily
Image via Arch Daily
Bahagian ruang tamu yang bersambung dengan ruangan kerja ini sungguh kemas dan menarik. Bilik ini dilengkapi dengan pelbagai perabot moden yang mengikut citarasa dan bersesuaian dengan konsep minimal tersebut.
Image via Archi Portal
Struktur arkitektur bangunan ini sungguh menawan sekali!
Image via Design Boom
Buat kita yang melihatnya melalui gambar pun sudah boleh jatuh cinta, ini kan pula jika dilihat di depan mata. Lihat sajalah struktur dan reka bentuk bangunan ini yang sungguh kemas dan artistik.
Image via The Sun
Image via Archi Portal
"Saya mempunyai gambaran dimana saya ingin membina kehidupan di sebuah tempat yang dapat melindungi diri saya dari dunia luar."
Image via Archi Portal
Image via Archi Portal
Antara salah satu sebab Ricardo ingin mengubahsuai kilang lama ini adalah kerana beliau lebih gemar untuk bersendirian, ini kerana beliau berpendapat bahawa fokus itu adalah kunci utama dalam bidang arkitektur.
Beliau gemar untuk mendapatkan idea dan inspirasi dari tempat yang terpencil dan tenang.
Setiap bilik dihias dengan konsep yang unik mengikut fungsi mereka yang tersendiri
Image via Bored Panda
Image via Archi Portal
Image via Design Boom
Untuk pengetahuan anda, bilik ini direka khas buat Ricardo dan para pekerja beliau. Beliau mereka bilik ini untuk berbincang mengenai kerja bersama dengan pekerja beliau.
Konsep yang dipilih untuk bilik ini ialah minimalis. Seperti yang dilihat dalam gambar, warna bilik ini yang putih dan bersih akan memberikan ketenangan dan juga membantu mereka untuk mendapatkan idea dan inspirasi.
Ruangan luar rumah agam ini dipenuhi dengan kehijauan yang pasti akan memberi ketenangan
Image via Arch Daily
Image via Archi Portal
Image via Archi Portal
Bahagian luarnya pula banyak dihiasi dengan rumput, pokok dan dedaun liar, akar yang menjalar dan juga pokok tanaman beliau. Walaupun moden dan minimalis telah dipilih sebagai konsep bangunan ini, Ricardo ingin mengekalkan keindahan alam semulajadi yang tumbuh liar di keliling kediaman beliau.
Lihat galeri 'La Fabrica' di bawah:
Image via Archi Portal
Image via Archi Portal
Image via Archi Portal
Image via Archi Portal
Image via Bored Panda
Image via Bored Panda
Image via Bored Panda
Image via Bored Panda
Image via Bored Panda
Image via Bored Panda

