[GALERI] Sebuah Katering Di KL Ini Hasilkan ‘Kek Nasi Lemak’ Yang Paling Mengancam!
Terliur tengok oi!
Cover image via Tiana Kitchen/FacebookJika anda mahukan Nasi Lemak sebagai kek hari jadi anda, jangan risau kini impian anda akan menjadi realiti!
Nasi Lemak merupakan makanan tradisional Melayu yang berasal dari Semenanjung Malaysia sejak zaman dahulu lagi. Sehingga ke hari ini, Nasi Lemak menjadi antara makanan paling popular dan dijadikan makanan ruji harian tanpa mengira waktu sama ada pagi, petang ataupun malam.
Kebiasaannya, Nasi Lemak dihidangkan di dalam daun pisang yang dilipat dalam bentuk segitiga.
Tetapi zaman sekarang, Nasi Lemak bukan saja dihidangkan dengan pelbagai lauk tambahan, malah turut dijadikan sebagai kek. Ada juga yang menempah kek ini sebagai kek hari jadi.
Image via GIPHY
Tiana Kitchen, sebuah bisnes yang menawarkan perkhidmatan katering dari rumah di KL ini telah memperkenal koleksi Kek Nasi Lemak mereka yang begitu menarik
Kalau dulu kita diperkenalkan dengan aiskrim nasi lemak, kali ini kek nasi lemak pula menjadi trend!
Menurut sumber, harga kek nasi lemak ini dijual pada RM58 bagi nasi lemak biasa, manakala kek dengan mana-mana pilihan topping berharga RM78.
Ada beberapa jenis 'toppings' yang disediakan oleh Tiana Kitchen seperti sambal udang, sambal sotong, dan yang paling power tentunya sambal petai!
Image via Tiana Kitchen/Facebook
Image via Tiana Kitchen/Facebook
Image via Tiana Kitchen/Facebook
Kalau nak lebih adventurous, boleh cuba topping sambal petai disertakan dengan udang sambal atau udang harimau
Image via Tiana Kitchen/Facebook
Image via Tiana Kitchen/Facebook
Menggoda kan?
Untuk makluman, Kek Nasi Lemak ini dihasilkan menggunakan beras aromatik yang turut diselitkan dengan santan dan daun pandan. Lapisan kek yang pertama disaluti dengan sambal serta ikan bilis dan kacang. Telur dadar dimasukkan ke dalam isi kek itu dan timun dihiasi disekeliling kek.
Image via Tiana Kitchen/Facebook
Ramai yang dah tergoda sebenarnya dengan keunikan Kek Nasi Lemak dari Tiana Kitchen ini. Maklumlah, siapa yang tak suka Nasi Lemak kan? Dihidang pula dalam bentuk kek, lagilah *best*!
Tengok saja pada *posting* terbaru mereka di Facebook pada 13 Mac lalu. Dah dapat lebih daripada 22,000 *shares* tau!
Nak tempah? *Contact* Tiana Kitchen di [Facebook](https://www.facebook.com/Tiana-Kitchen-166083150466682/) dan hantarkan inbox kepada mereka!

