Women Of Will Rai Kekuatan, Kepimpinan & Semangat Pemerkasaan Komuniti Wanita Di PPR Hiliran Ampang
Acara ini meraikan pencapaian luar biasa 200 usahawan wanita daripada enam komuniti PPR.
Cover image via Women Of WillFollow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Women Of Will (WOW) telah berjaya menganjurkan Majlis Penutup Program Pembangunan Keusahawanan Wanita (WOWED) dengan sokongan Malaysia-UN SDG Trust Fund, iaitu sebuah inisiatif kerjasama antara Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Malaysia dan Yayasan MySDG
Dalam acara yang turut diadakan bersama dengan Hari Kesejahteraan Komuniti di PPR Hiliran Ampang pada Sabtu, Majlis Penutup acara ini telah disempurnakan oleh YBhg. Tan Sri Abdul Wahid Omar, Pengerusi Yayasan MySDG, En. Robert Gass, Penyelaras Residen ad interim, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk Malaysia, Singapura dan Brunei Darussalam serta turut dihadiri oleh Pengurusan Tertinggi dari Kementerian dan Syarikat Korporat.
Acara ini meraikan pencapaian luar biasa 200 usahawan wanita daripada enam komuniti PPR iaitu PPR Hiliran Ampang, PPR Beringin, PPR Air Panas, PPR Bukit Jalil, PPR Intan Baiduri dan PPR Muhibbah yang telah berjaya menamatkan program pembangunan keusahawanan dan kepimpinan selama 18 bulan.


Program WOWED, iaitu satu inisiatif intensif yang disokong oleh Malaysia-UN SDG Trust Fund, PBB dan Yayasan MySDG menyokong secara langsung Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) berikut:
- SDG 1: Tiada Kemiskinan
- SDG 3: Kesihatan Yang Baik dan Sejahtera
- SDG 4: Pendidikan Berkualiti
- SDG 5: Kesaksamaan Jantina
- SDG 8: Pekerjaan Yang Baik dan Pertumbuhan Ekonomi
- SDG 11: Bandar dan Komuniti Mampan
- SDG 16: Keamanan, Keadilan dan Institusi Yang Kuat
- SDG 17: Perkongsian untuk Matlamat




Antara yang menjadi tumpuan dalam acara ini adalah:
Impak Program:
Program ini menunjukkan kesan positif terhadap ketahanan sosioekonomi dan kepimpinan wanita:
- 73.5% daripada 200 peserta melaporkan peningkatan dalam pendapatan perniagaan
- Secara keseluruhan, terdapat purata peningkatan pendapatan sebanyak 60% dalam kalangan semua peserta
- 72.5% menyatakan pertumbuhan ketara dalam simpanan peribadi
Wanita Memacu Perubahan Komuniti:
Berinspirasi daripada kejayaan mereka, ramai usahawan wanita kini memainkan peranan penting sebagai pemimpin komuniti dan menjalinkan bekerjasama bermakna dengan pelbagai rakan strategik untuk melaksanakan program yang menangani cabaran setempat serta meningkatkan kualiti hidup penduduk komuniti lain.
Acara ini, yang dianjurkan bersama Persatuan Penduduk PPR Hiliran Ampang turut menghimpunkan ahli komuniti, rakan kongsi dan pihak berkepentingan bagi meraikan pemerkasaan wanita, kepimpinan dan kemajuan bersama.


Graduasi dan Pengiktirafan:
Majlis ini menandakan kejayaan rasmi 200 peserta, melambangkan transformasi mereka daripada usahawan kecil kepada pemimpin komuniti yang yakin dan berdikari.
Pembangunan Kepimpinan:
Seramai 20 pemimpin komuniti telah menjalani latihan kepimpinan lanjutan, yang melengkapkan mereka dengan kemahiran penting dalam pengurusan projek, penggunaan dana, penglibatan pihak berkepentingan dan pengurusan risiko, bagi membolehkan mereka memimpin dan mengekalkan inisiatif komuniti dengan lebih berkesan.
Pameran Impak dan Perkongsian:
Acara ini turut menampilkan Pameran Impak Program, Pameran Produk, serta Sesi Perkongsian Panel oleh 6 peserta terbaik yang menonjolkan perkembangan mereka dari segi kapasiti peribadi, keusahawanan dan kepimpinan.


Aktiviti Hari Kesejahteraan Komuniti:
Acara ini turut dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti interaktif dan mesra keluarga, antaranya:
- Majlis Graduasi 200 Usahawan Wanita
- Pameran Impak Program dan Produk Peserta
- Sesi Perkongsian Panel oleh Peserta Terbaik
- Aktiviti Pemerikasaan Kesihatan oleh National Cancer Society (NCSM) dan Innoquest serta kesedaran kesihatan minda oleh Thrive Well
- Booth Perkongsian Perkhidmatan oleh Agensi seperti KWSP, PERKESO, LHDN, Maybank dan lain-lain
- Bengkel Kreatif seperti Bengkel Kayu Kitar Semula
- Aktiviti kekeluargaan dan belia termasuk Sukaneka Rakyat, Kem Mini Pengakap, Perpustakaan Bergerak dan Gotong-Royong Memasak
- Jualan Rahmah


Program WOWED kali ini juga merupakan pelaksanaan latihan terbesar WOW bagi satu kohort peserta
Presiden WOW, Datin Wira Goh Suet Lan menekankan kepentingan membina kerjasama bermakna serta peranan penting wanita dalam pembangunan komuniti.
"Pencapaian ini bukan sekadar mengenai pertumbuhan perniagaan, tetapi juga mengenai kepimpinan, perpaduan dan pemerkasaan.
"Peningkatan pendapatan sebanyak 60% ini melambangkan ratusan keluarga yang kini mencapai kestabilan kewangan dan maruah yang lebih tinggi.
"Kami merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Malaysia-UN SDG Trust Fund, Yayasan MySDG, Kementerian Kewangan dan Kementerian Ekonomi atas kerjasama mereka dalam memperkukuh matlamat SDG negara serta kepada Persatuan Penduduk PPR Hiliran Ampang atas penganjuran bersama acara yang bermakna ini.
"Ini benar-benar mencerminkan kepercayaan kami bahawa apabila wanita maju, komuniti turut berkembang," ujarnya.

Datin Wira Goh Suet Lan
Image via Women Of WillLike Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



